Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hujan berterusan, paras air melimpah di beberapa kawasan Lundu
  • Selatan
  • WILAYAH

Hujan berterusan, paras air melimpah di beberapa kawasan Lundu

Utusan Sarawak 11 hours ago
RONDAAN pemantauan banjir di beberapa kawasan sekitar Lundu.

LUNDU: Paras air dilaporkan melimpah ke atas jalan di beberapa kawasan sekitar Lundu susulan hujan berterusan pagi ini. Namun, laluan masih selamat dilalui kenderaan dan paras air kini menunjukkan trend surut.

Menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) yang diketuai Komander Operasi, PBK I Khairul Mohamad Nor, rondaan pemantauan dijalankan dari 7.00 hingga 8.15 pagi.

Rondaan tersebut melibatkan sembilan lokasi iaitu Jalan Taman Mawar, Jalan Lundu–Sekambal–Siar–Pandan, Jalan Seketi, Pan Borneo (Kampung Serayan), Kampung Stunggang Melayu Baru, Kampung Semunin Jaya, Kampung Dagang, Pekan Lundu dan Jalan Sekambal.

Mengulas lanjut, paras air melimpah ke atas jalan di beberapa lokasi, namun masih boleh dilalui oleh kenderaan.

“Paras air menunjukkan penurunan selepas mula surut dari Sungai Batang Kayan sekitar 6.00 pagi.

“Setakat ini keadaan terkawal dan tiada insiden berbahaya atau pemindahan mangsa dilaporkan,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan pagi ini.

Rondaan membabitkan enam anggota BBP Lundu bersama penggunaan satu unit FRT dan satu unit EMRS. 

Dimaklumkan, cuaca ketika rondaan adalah hujan namun paras air terus menunjukkan trend surut.

Oleh Masrin Affirah

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Isu tekanan air rendah SMK Medamit dibawa ke Mesyuarat Pembangunan di Lawas
Next: Perarakan Krismas semarak perpaduan di Bandar Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.