Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Empat lelaki ditahan berhubung kes rompakan bersenjata dan kecurian kenderaan di Kota Samarahan
  • JENAYAH

Empat lelaki ditahan berhubung kes rompakan bersenjata dan kecurian kenderaan di Kota Samarahan

Utusan Sarawak 14 hours ago
KERETA curi berjaya dirampas kembali.

KOTA SAMARAHAN: Ketua Polis Samarahan, Supt. Damataries Lautin, mengesahkan bahawa empat lelaki telah ditahan berhubung kes samun bersenjata menggunakan pisau serta kecurian sebuah Perodua Alza di Virtual Park, Kota Samarahan.

Damataries berkata kejadian berlaku sekitar 1.30 pagi semalam ketika mangsa dan rakannya singgah di sebuah kedai di Virtual Park untuk membeli rokok.

Menurut beliau, dua lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menghampiri mereka sambil memegang pisau, menarik rakan mangsa keluar dari kenderaan sebelum melarikan diri dengan Perodua Alza berwarna hitam itu.

EMPAT suspek ditahan.

“Suspek melarikan diri dengan sebuah lagi kenderaan berwarna putih. Laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau menambah bahawa kereta yang dicuri itu adalah milik rakan kepada majikan mangsa dan telah dipinjamkan untuk kegunaan peribadi mangsa.

Susulan laporan tersebut, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Kota Samarahan yang diketuai Insp Watson Junga berjaya mengesan dan menahan empat suspek.

Damataries berkata dua suspek pertama berusia 46 dan 54 tahun ditahan sekitar 2.25 petang berhampiran Jalan Simpang Kampung Baru Hulu.

Dua lagi suspek berusia 25 dan 38 tahun ditahan kemudian pada 5.05 petang berhampiran Jalan Kampung Tambirat di Asajaya.

Polis turut merampas dua kenderaan semasa operasi, termasuk Perodua Alza yang dicuri serta sebuah Perodua Viva milik salah seorang suspek.

Keempat-empat suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Samarahan hari ini untuk permohonan reman dan turut menjalani ujian saringan air kencing.

Beliau berkata siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan dalam Op Tapis di Taman Seroja Indah Saratok
Next: Polis Serian tahan dua suspek berkaitan kes kecurian di pasar raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.