Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut dihempap mesin cerucuk dalam insiden di Kampung Peruan
  • KEMALANGAN

Lelaki maut dihempap mesin cerucuk dalam insiden di Kampung Peruan

Utusan Sarawak 1 day ago
NAHAS…Keadaan kenderaan pacuan empat roda selepas dihempap oleh mesin cerucuk dalam kejadian di Kampung Peruan, Jalan Long Tuma, Lawas petang tadi.

LAWAS: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebuah mesin cerucuk dalam kejadian di Kampung Peruan, Jalan Long Tuma di sini petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan, mangsa yang berusia 31 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang remuk teruk selepas insiden berkenaan.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas menerima panggilan kecemasan pada 4.55 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira lapan minit kemudian.

“Setibanya pasukan di lokasi, mereka mendapati sebuah mesin cerucuk (drilling rig) tumbang lalu menghempap kenderaan yang dinaiki mangsa.

“Seorang mangsa didapati masih tersepit di tempat duduk hadapan. Pasukan bertindak menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya (RTA) untuk melakukan kerja-kerja pemotongan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya.

SEORANG lelaki maut selepas kenderaan dipandunya dihempap mesin cerucuk di Kampung Peruan, Jalan Long Tuma, Lawas, hari ini. – Foto ihsan JBPM

Mangsa berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan. Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Continue Reading

Previous: Lelaki maut rempuh belakang pacuan empat roda di Jalan Lutong–Kuala Baram
Next: Penyelia projek SSLR maut dalam kemalangan di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.