Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Ketibaan Tengku Ampuan Pahang serlah sokongan Diraja kepada seni dan warisan Sarawak
  • SEMASA

Ketibaan Tengku Ampuan Pahang serlah sokongan Diraja kepada seni dan warisan Sarawak

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, tiba ke Sense of Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Foto Adele Rissa 

KUCHING: Ketibaan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, ke Sense of Malaysia (SOM) menyerlahkan keprihatinan Diraja dalam mengangkat seni, warisan dan komuniti artisan Sarawak sebagai aset budaya negeri.

CENTEXS Commercial menerima ketibaan Kebawah Duli Paduka Baginda dalam lawatan khas dua hari ke SOM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan JUMA’ANI Pavilion bermula hari ini hingga esok.

Lawatan itu bertepatan dengan sambutan tahun kedua operasi SOM di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang bakal menyaksikan perasmian rasmi buat pertama kalinya pada hari ini.

Baginda berkenan menyempurnakan majlis tersebut melalui simbolik pemotongan reben dan penandatanganan plak.

Program diteruskan dengan sesi ramah mesra yang memberi peluang kepada Baginda berinteraksi bersama artisan tempatan, di sini hari ini. 

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menyaksikan demonstrasi pembuatan Kek Lapis Sarawak semasa lawatan Baginda ke Sense of Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Foto Adele Rissa 

Demonstrasi Kek Lapis Sarawak, Tenunan Songket, Pua Kumbu dan Sulaman Keringkam turut dipersembahkan sebelum majlis diakhiri dengan santapan tengah hari. 

Lawatan Diraja ini dianggap satu penghormatan besar kepada Sarawak kerana menzahirkan sokongan terhadap usaha memartabatkan seni kraftangan, tekstil warisan dan produk kreatif tempatan yang menjadi identiti pelbagai kaum negeri ini.

Setakat November 2025, SOM Kuching mencatat jualan RM1,169,539.70 dengan penyertaan 20 penjual merangkumi fesyen, kraf, tekstil, aksesori, makanan kering tempatan, kosmetik dan kesihatan.

Lawatan Baginda turut mengukuhkan aspirasi CENTEXS Commercial untuk menjadi platform utama dalam mengangkat produk kreatif dan komuniti artisan Sarawak selaras dengan misi memupuk inovasi, kreativiti dan pemeliharaan budaya tempatan. 

Ketibaan Baginda sekali lagi menegaskan komitmen Sarawak dalam memperkasakan seni, warisan dan komuniti artisan sebagai aset utama negeri dan simbol kebanggaan rakyat terhadap keunikan budaya tempatan.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengurus Besar CENTEXS Commercial, Mohamad Shahren Mohamad Yusri. 

Oleh Adele Rissa

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Ketibaan Tengku Ampuan Pahang serikan ulang tahun kedua SOM di Kuching
Next: Tengku Ampuan Pahang rasmi Ekspo Festival Tekstil Antarabangsa Borneo 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.