Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Henry Sum Agong hargai keperibadian Bung Moktar, sifatkan pemergian sebagai satu kehilangan
  • TEMPATAN

Henry Sum Agong hargai keperibadian Bung Moktar, sifatkan pemergian sebagai satu kehilangan

Utusan Sarawak 17 hours ago
HENRY Sum Agong semasa menghadiri program Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CERT) 2.0 di Trusan Lawas.  

LAWAS: Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada awal pagi semalam.

Henry Sum Agong menyifatkan Allahyarham sebagai rakan Ahli Parlimen yang baik, periang dan suka berterus terang.

“Kami sering bertemu di Parlimen dan berkongsi cerita, seperti mana rakan lama yang sama-sama membawa suara rakyat di kawasan masing-masing.

“Beliau sentiasa menceriakan dan mengamatkan suasana Dewan Rakyat setiap kali hadir ke persidangan. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kita semua,” katanya ketika ditemui media hari ini.

Menurutnya lagi, di sebalik kelantangan Allahyarham di Parlimen, Bung Moktar adalah seorang rakan yang baik serta sangat prihatin terhadap pelbagai isu semasa di semua peringkat.

Henry turut berkongsi pengalaman peribadi bersama Allahyarham, yang disifatkannya sebagai seorang ahli politik berprinsip dan tegas dalam pendirian.

Terdahulu, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 Bung Moktar mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 153 undi dalam persaingan enam penjuru.

Beliau dilahirkan pada 14 September 1959 di Kampung Bilit, Sukau, Kinabatangan, Sabah.

Kerjaya politiknya bermula pada 1999 apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan, jawatan yang disandang selama lebih dua dekad. Pada PRN16 2020, beliau memenangi kerusi DUN Lamag dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Sabah yang juga Menteri Kerja Raya negeri dari 2020 hingga 2023.

Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Pengerusi FELCRA Berhad dari 2013 hingga 2018.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: 11 sekolah pedalaman Sarawak nikmati bekalan air bersih hasil projek telaga tiub
Next: ICT4HeR perkasa wanita Sarawak kuasai kemahiran digital — Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.