Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RM2 juta untuk empat projek naik taraf jalan ladang dan kebun di DUN Krian
  • Tengah
  • WILAYAH

RM2 juta untuk empat projek naik taraf jalan ladang dan kebun di DUN Krian

Utusan Sarawak 9 hours ago
MAJLIS ringkas penyerahan projek BDDA kepada kontraktor yang berjaya, bertempat di Pejabat JKR Betong, dekat sini semalam. Foto: ADUN Krian

BETONG: Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi melaksanakan empat projek naik taraf jalan ladang dan kebun di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, bagi meningkatkan akses dan kemudahan penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, projek-projek ini bertujuan memperbaiki infrastruktur utama di kawasan ladang dan kebun, sekali gus menyokong aktiviti ekonomi penduduk tempatan.

Majlis Mesyuarat Permulaan Projek telah diadakan sempena Majlis Ringkas Penyerahan Projek Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) kepada kontraktor yang berjaya, bertempat di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Betong.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Jurutera JKR Betong, Steward Ludan, yang turut menekankan kepentingan projek ini dalam meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan.

Empat projek yang terlibat ialah naik taraf Jalan Kebun di Uku Lun, Sungai Klampai; naik taraf Jalan Ladang RBP di Mudong Nikal, Roban; naik taraf Jalan Ladang ERAD di Sungai Klampai; dan naik taraf Jalan Ladang di Ingu, Kabo.

Keseluruhan kos bagi keempat-empat projek tersebut adalah RM2 juta, yang menandakan komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh jaringan jalan di kawasan pedalaman.

Friday Belik menambah, projek ini dijangka memudahkan pengangkutan hasil pertanian dan meningkatkan kualiti hidup penduduk setempat, terutamanya di kawasan ladang dan kebun yang sukar diakses sebelum ini.

Beliau berharap dengan pelaksanaan projek ini, hubungan antara kawasan pedalaman dan pusat bandar menjadi lebih lancar, seterusnya merangsang pembangunan ekonomi dan sosial di DUN Krian.

Turut hadir pada majlis itu ialah James Jimbun mewakili Pusat Khidmat DUN Krian, wakil dari JKR Saratok, serta Stanley Igat Unchie mewakili BDDA, yang masing-masing memberi sokongan teknikal dan koordinasi pelaksanaan projek.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Penubuhan pasukan CERT 2.0 kukuhkan ketahanan komuniti Trusan
Next: Michael Kong gesa tanggungjawab pihak berkuasa dalam kes penipuan BSN libatkan kerugian RM11 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.