Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • KPM sasar penambahan 350 kelas prasekolah tahun depan
  • NASIONAL

KPM sasar penambahan 350 kelas prasekolah tahun depan

Utusan Sarawak 5 hours ago
BARISAN Panelis (dari kiri) Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr Mohd Azam Ahmad, Pempengaruh Media Sosial Kesihatan, Dr Muhammad Shazril Shaharudin, Ahli Ekonomi Kanan Bank Negara, Dr Ririn Salwa Purnamasari serta moderator Nazri Kahar pada sesi Forum Memperkukuh Sektor Kesihatan Pendidikan dan Kemiskinan sempena Majlis Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin Perbadanan Putrajaya hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan 350 kelas prasekolah dibuka pada 2026 bagi memperkasakan aspek pendidikan awal kanak-kanak di negara ini, kata Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad.

Beliau berkata penambahan kelas berkenaan akan menjadikan jumlah keseluruhan kelas prasekolah meningkat kepada hampir 10,500 di seluruh negara berbanding lebih 10,100 yang ada ketika ini.

“Pendidikan penting untuk kita berikan kepada anak-anak kita. Akses pendidikan yang berkualiti akhirnya membolehkan mereka pergi lebih jauh (dalam hidup),” katanya ketika menjadi panel forum pada Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 sempena program Rancakkan MADANI di sini hari ini.

Panelis lain dalam forum yang membincangkan peranan sektor kesihatan dan pendidikan dalam menangani kemiskinan termasuk pakar ekonomi Bank Dunia Dr Ririn Salwa Purnamasari dan pempengaruh media sosial bidang kesihatan Dr Muhammad Shazril Shaharuddin.

Mohd Azam berkata aspek penyelenggaraan sekolah daif turut menjadi tumpuan dengan 41 buah sekolah diselenggara pada 2024 manakala 43 lagi, tahun ini.

Sementara itu, Dr Muhammad Shazril menyeru rakyat Malaysia memberikan perhatian kepada aspek kesihatan kerana ia merupakan pelaburan nasional.

“Kurangnya kesedaran akan beri bebanan kepada sektor kesihatan. Apabila kita jaga kesihatan ia beri impak kepada negara, ekonomi dan pendidikan.

“Rakyat jika ingin maju kena tahu sihat bukan pilihan tetapi adalah asas utama dalam hidup,” katanya. 

Program Rancakkan MADANI selama tiga hari bermula hari ini, menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga dan pelbagai tawaran istimewa kepada orang ramai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan pada 11.00 pagi esok.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri hingga 4.00 petang ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.