Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ancelotti sasar permulaan sempurna selepas undian Piala Dunia
  • SUKAN

Ancelotti sasar permulaan sempurna selepas undian Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
KETUA jurulatih Brazil, Carlo Ancelotti bergambar di atas permaidani merah sebaik sahaja tiba untuk menghadiri undian Piala Dunia Bola Sepak FIFA 2026 yang berlangsung di AS, Kanada dan Mexico, di Kennedy Center, di Washington, DC, pada 5 Disember 2025. AFP

WASHINGTON: Pengurus Brazil Carlo Ancelotti berkata pasukannya bertekad memenangi ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan pada Piala Dunia FIFA tahun depan di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada, lapor Xinhua.

Undian Piala Dunia pada Jumaat di Washington menempatkan juara lima kali itu dalam Kumpulan C bersama Haiti, Scotland dan Maghribi, yang mara ke separuh akhir pada 2022.

“Kami perlu berfikir untuk memenangi semua tiga perlawanan,” kata Ancelotti kepada pemberita. “Maghribi adalah pasukan paling sukar dalam kumpulan ini, tetapi kami perlu yakin.”

Bekas ketua jurulatih Real Madrid itu menyifatkan kumpulan Brazil sebagai mencabar sambil menekankan bahawa persiapan rapi amat penting bagi memastikan mereka mara ke pusingan kalah mati.

“Ia agak sukar. Maghribi menampilkan aksi mengagumkan pada Piala Dunia lalu dan Scotland juga memiliki pasukan yang sangat mantap,” kata jurulatih Itali berusia 66 tahun itu.

“Ia akan menjadi sukar, tetapi perancangan kami ialah bermain dengan baik dan muncul juara kumpulan. Kami perlu membuat persiapan yang betul untuk memastikan kami memulakan kejohanan dengan langkah yang tepat. Perlawanan pertama sangat penting.”

Brazil layak ke Piala Dunia selepas menamatkan saingan kumpulan kelayakan Amerika Selatan 10 pasukan di tempat kelima.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Undian Piala Dunia: Deja Vu buat Perancis, England, Mexico bertemu Afrika Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.