Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 11 ditahan, 27 saman lalu lintas dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu
  • JENAYAH

11 ditahan, 27 saman lalu lintas dalam Operasi Bersepadu IPD Lubok Antu

Utusan Sarawak 6 hours ago
OP Tapis Khas dan Op Bersepadu Pencegahan Jenayah oleh IPD Lubok Antu di kawasan Engkilili dan Lubok Antu, petang semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Sebanyak 11 individu ditangkap manakala 27 saman dikeluarkan dalam Op Tapis Khas dan Op Bersepadu Pencegahan Jenayah oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu di kawasan Engkilili dan Lubok Antu, petang semalam.

Menurut kenyataan IPD Lubok Antu, dua lelaki tempatan ditahan selepas ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, sembilan suspek warga asing iaitu tujuh lelaki dan dua wanita turut diberkas atas pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta AntiPemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1969/63 (Pindaan 2002).

Dalam operasi bersepadu yang melibatkan 29 pegawai dan anggota itu, polis memeriksa 110 kenderaan dan 125 individu di beberapa lokasi strategik sekitar daerah berkenaan.

Pemeriksaan tersebut turut membawa kepada pengeluaran 27 saman trafik atas pelbagai kesalahan lalu lintas, termasuk tiada lesen memandu, kenderaan tidak mematuhi spesifikasi dan pelanggaran peraturan jalan raya.

IPD Lubok Antu menegaskan bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang jenayah, meningkatkan keselamatan serta memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Pihak polis turut menggesa masyarakat agar menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan demi membantu usaha pencegahan jenayah di daerah tersebut.

Komitmen berterusan ini, menurut IPD Lubok Antu, adalah sebahagian daripada pendekatan holistik pasukan dalam menjaga kesejahteraan komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Remaja ditahan susulan kecurian motosikal di Mukah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.