Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri hingga 4.00 petang ini
  • NASIONAL

Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri hingga 4.00 petang ini

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 4.00 petangĀ ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), serta Selangor membabitkan kawasan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin) serta Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Turut terlibat Sarawak membabitkan Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) serta Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).- Bernama

Continue Reading

Previous: Mohd Na’im puji AirAsia, dasar kru kabin berhijab langkah progresif
Next: KPM sasar penambahan 350 kelas prasekolah tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.