Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertemuan kontraktor–ketua kaum diwajibkan pastikan projek kampung berjalan lancar
  • Utara
  • WILAYAH

Pertemuan kontraktor–ketua kaum diwajibkan pastikan projek kampung berjalan lancar

Utusan Sarawak 6 hours ago
TERIMA KASIH… Datuk Rosey Yunus (tengah) menyaksikan penyerahan projek oleh Penolong Jurutera JKR Bahagian Miri, Ahmad Danish Rongen (kiri) kepada wakil kontraktor pada Taklimat Khas Pelaksanaan RTP dan PPRMS N71 Bekenu, hari ini. 

BEKENU: Pertemuan rasmi antara kontraktor dan ketua kaum kini diwajibkan sebelum sebarang projek pembangunan kampung dan rumah panjang dilaksanakan bagi memastikan kerja berjalan lancar serta menepati keperluan penduduk setempat

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, berkata langkah itu penting agar ketua kaum, kapitan dan tuai rumah memahami dengan jelas skop serta spesifikasi projek yang akan dijalankan di kawasan masing-masing.

“Apabila ketua kaum memahami skop kerja, tidak timbul isu projek tidak menepati kehendak penduduk.

” Sebab itu kita pertemukan kontraktor dengan ketua kaum supaya mereka mengetahui spesifikasi sebenar yang akan dilaksanakan,” katanya ketika berucap pada Taklimat Khas Pelaksanaan Projek RTP dan PPRMS N71 Bekenu di Pusat Khidmat DUN N71 Bekenu, hari ini.

Menurut Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, penjelasan terperinci daripada kontraktor dapat mengelakkan dakwaan mengenai mutu kerja atau tuduhan projek tidak mengikut spesifikasi sedangkan maklumat sebenar tidak difahami oleh masyarakat.

Dalam masa sama,beliau turut memaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memperkenalkan inisiatif ‘One Month Pledge’, iaitu komitmen untuk memastikan kontraktor memulakan kerja dalam tempoh sebulan selepas lawatan tapak bersama ketua kaum dan pemimpin masyarakat.

“Tujuannya mudah, kita tidak mahu projek lewat. Bila projek lambat, pembangunan juga lambat sampai kepada rakyat,” tegasnya.

Sebanyak 30 projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan Bekenu dengan nilai keseluruhan RM4.81 juta perlu diselesaikan menjelang akhir tahun ini.

Rosey berharap penyelarasan awal yang dibuat dapat memastikan semua projek siap mengikut jadual serta memberi manfaat segera kepada penduduk Bekenu dan kawasan sekitarnya.

Turut hadir memberikan taklimat ialah Penolong Jurutera JKR Bahagian Miri, Ahmad Danish Rongen.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Regata Bintulu 2025 menyatukan semula komuniti melalui warisan sungai
Next: Regata Bintulu jadi platform jana pendapatan dan perkasa ekonomi digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.