Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tang Jie-Ee Wei dilantik kapten skuad badminton Sukan SEA
  • SUKAN

Tang Jie-Ee Wei dilantik kapten skuad badminton Sukan SEA

Utusan Sarawak 3 hours ago
JUARA dunia beregu campuran kini memikul tanggungjawab baharu sebagai kapten pasukan negara.

KUALA LUMPUR: Juara dunia beregu campuran negara Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, menerima tanggungjawab baharu selaku ketua pasukan dengan tenang selepas diumumkan sebagai kapten pasukan lelaki dan wanita negara bagi acara berpasukan pada Sukan SEA Thailand 2025.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan Rexy Mainaky membuat pengumuman itu pada majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada skuad badminton negara bagi temasya dwitahunan berkenaan, di sini, hari ini.

Tang Jie, yang pernah meraih pingat emas pada edisi 2021 di Vietnam bersama Peck Yen Wei, menyifatkan peranan baharu itu sebagai pembakar semangat tambahan buat dirinya.

“Terima kasih kepada jurulatih Rexy kerana memberi saya tanggungjawab ini. Bagi saya, ia satu motivasi dan peluang untuk belajar bagaimana menjadi seorang kapten,” katanya.

Ee Wei pula menzahirkan penghargaan atas kepercayaan diberikan kepadanya untuk memimpin skuad wanita negara.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, keutamaannya adalah memberikan sokongan padu kepada pasukan sepanjang kempen berpasukan, selain berusaha memotivasikan rakan sepasukan dan memastikan skuad wanita kekal utuh sebagai satu unit.

Sementara itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM), yang menurunkan barisan terkuat, turut menaruh keyakinan terhadap gandingan beregu lelaki pemenang Kejohanan Dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; naib juara Kejohanan Dunia 2025 beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah; pemain perseorangan lelaki Leong Jun Hao dan Justin Hoh; serta perseorangan wanita K. Letshanaa dan Wong Ling Ching.

Turut disenaraikan ialah beregu lelaki Man Wei Chong-Tee Kai Wun; beregu wanita Go Pei Kee-Teoh Mei Xing; serta beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.

Semua pemain ini juga akan beraksi dalam acara berpasukan masing-masing.

Mereka akan dibantu oleh Eogene Ewe dan Aidil Sholeh Ali Sadikin bagi acara berpasukan lelaki, manakala Siti Zulaikha Muhammad Azmi dan Eng Ler Qi memperkuat skuad wanita.

Sukan SEA Thailand 2025 dijadual berlangsung di dua wilayah, iaitu Bangkok dan Chonburi.- Bernama

Continue Reading

Previous: Dua gol Mbappe bantu benam Athletic Bilbao

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.