
PETRA JAYA: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah menerima kunjungan hormat di kediaman rasmi, Kasuma Resort, pagi tadi.
Kunjungan tersebut diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama tokoh korporat dan kenalan lama, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Tun Jugah serta Pengarah Syarikat Limar Group of Companies, Wan Mohamad Wan Ibrahim.
Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk menyampaikan jemputan rasmi kepada Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Biografi ‘Abang Johari: Sarawak’s First Premier’ yang dijadualkan berlangsung esok di Dayak Cultural Foundation, Jalan Ong Tiang Swee.
Tun Wan Junaidi menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jemputan tersebut dan mendoakan agar majlis pelancaran buku berkenaan akan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.