

Projek naik taraf jeti Kampung Paloh telah diluluskan di bawah peruntukan RTP dan kini memasuki fasa pelaksanaan selepas proses serah tapak disempurnakan hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka
SARATOK: Keperluan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka terus menjadi keutamaan apabila Pusat Khidmat ADUN Kalaka giat melaksanakan siasatan tapak secara berkala di seluruh kawasan berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, siasatan tapak penting bagi mengenal pasti keperluan sebenar masyarakat setempat, sekali gus memastikan setiap cadangan projek dapat dipertimbangkan dengan sewajarnya mengikut keutamaan.


Projek naik taraf jeti Kampung Paloh telah diluluskan di bawah peruntukan RTP dan kini memasuki fasa pelaksanaan selepas proses serah tapak disempurnakan hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka
Menurutnya, antara keperluan mendesak yang dikenal pasti ialah jeti pengkalan perahu tambang di Kampung Paloh yang mengalami kerosakan dan memerlukan kerja naik taraf segera agar penduduk dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa dan selamat.
Projek naik taraf jeti berkenaan telah diluluskan di bawah peruntukan Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan kini memasuki fasa pelaksanaan selepas proses serah tapak disempurnakan hari ini.


Projek naik taraf jeti Kampung Paloh telah diluluskan di bawah peruntukan RTP dan kini memasuki fasa pelaksanaan selepas proses serah tapak disempurnakan hari ini. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka
Pada majlis berkenaan, Timbalan Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kalaka, Kaunselor Kasdi Pandi hadir mewakili ADUN Kalaka bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong selaku agensi pelaksana serta kontraktor yang dilantik melalui proses cabut undi yang dijalankan Pejabat Residen Betong.
Projek tersebut dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk Kampung Paloh dan Batang Maro yang bergantung kepada pengangkutan perahu tambang untuk berulang-alik ke Kabong, sekali gus meningkatkan keselesaan dan keselamatan pengguna.
Selain itu, kerja naik taraf tersebut turut dilihat sebagai usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh infrastruktur asas luar bandar demi keselesaan rakyat.
Turut hadir bekas Ketua Kampung Paloh, Abang Morsidi.
Oleh Adi Safarman