Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pokok tumbang halang laluan ke rumah panjang, APM Spaoh bertindak pantas
  • Selatan
  • WILAYAH

Pokok tumbang halang laluan ke rumah panjang, APM Spaoh bertindak pantas

Utusan Sarawak 2 hours ago

Anggota APM Spaoh menggunakan tiga gergaji berantai bagi mempercepatkan kerja pemotongan yang mengambil masa kira-kira 45 minit sebelum laluan jalan raya boleh digunakan semula. Foto: APM Spaoh

SPAOH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh bertindak pantas selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan utama ke rumah panjang di Sungai Langit, semalam.

Skuad Bravo yang diketuai Sarjan Hasla Deli bersama lima anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat kejadian.

Setibanya di lokasi, pasukan mendapati sebatang pokok sebesar alat pemadam api tumbang melintang dan menghalang laluan di kedua-dua arah, sekali gus menyukarkan pergerakan penduduk.

Tiga gergaji berantai digunakan bagi mempercepatkan kerja pemotongan, yang mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menyingkirkan halangan tersebut.

Anggota APM Spaoh menggunakan tiga gergaji berantai bagi mempercepatkan kerja pemotongan yang mengambil masa kira-kira 45 minit sebelum laluan jalan raya boleh digunakan semula. Foto: APM Spaoh

Selepas kerja pemotongan selesai, anggota turut melakukan pembersihan menyeluruh bagi memastikan laluan benar-benar selamat digunakan.

Laluan akhirnya kembali dibuka sepenuhnya, membolehkan semua kenderaan bergerak tanpa risiko.

Menurut Ketua Skuad Bravo, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, melibatkan anggota mahupun orang awam.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf jalan ladang Rapong, Debak siap lebih awal 
Next: Naik taraf jeti Kampung Paloh diluluskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.