Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jalan ladang Rapong, Debak siap lebih awal 
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf jalan ladang Rapong, Debak siap lebih awal 

Utusan Sarawak 1 hour ago
PROJEK menaik taraf jalan ladang di Rapong, Debak di bawah peruntukan BDDA berjaya disiapkan lebih awal daripada tempoh yang dijadualkan. Foto: JKR Sarawak

DEBAK: Projek menaik taraf jalan ladang di Rapong, yang dilaksanakan di bawah program Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), telah berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual, menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Projek berkenaan, yang dilaksanakan dalam tempoh tujuh bulan, bertujuan menyediakan akses jalan yang lebih selamat dan teratur ke kawasan ladang penduduk tempatan, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban.

JKR Sarawak berkata penyediaan rangkaian jalan ladang baharu ini dijangka memberi manfaat langsung kepada penduduk, terutamanya dari aspek pengangkutan hasil tani, kelancaran mobiliti harian serta peningkatan kegiatan sosioekonomi komuniti setempat.

Skop kerja utama meliputi pembinaan jalan berbatu sebagai laluan utama ke kawasan ladang selain penyediaan serta penaiktarafan sistem perparitan bagi memastikan aliran air lebih baik dan mengurangkan risiko kerosakan jalan.

Pelaksanaan projek ini juga dilihat menyokong usaha kerajaan negeri dalam memperkukuh infrastruktur luar bandar yang menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi penduduk kawasan pedalaman.

Penyempurnaan awal projek tersebut, menurut JKR Sarawak membuktikan komitmen jabatan itu dalam memastikan projek yang dirancang dapat disiapkan secara cekap, berkualiti dan memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.

Projek ini sekali lagi menggariskan kepentingan kerjasama antara agensi pembangunan, kontraktor dan komuniti setempat dalam memastikan kemudahan asas luar bandar diberi perhatian sewajarnya demi kesejahteraan rakyat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 143 kenderaan diperiksa dalam Ops Khas JPJ Sri Aman
Next: Pokok tumbang halang laluan ke rumah panjang, APM Spaoh bertindak pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.