Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tengku Zafrul dilantik pengerusi MIDA
  • NASIONAL

Tengku Zafrul dilantik pengerusi MIDA

Utusan Sarawak 2 hours ago
DATUK Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkuat kuasa hari ini.

Menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju melantik beliau bagi tempoh dua tahun.

“Selain menerajui MIDA, Tengku Zafrul juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang sedang diperinci dan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri,” katanya. 

Tengku Zafrul, 52, menamatkan tugas menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada 2 Disember 2025 susulan tamatnya tempoh maksimum enam tahun atau penggal kedua sebagai senator.

Beliau dilantik mengemudi MITI pada 3 Disember 2022 oleh Perdana Menteri dan pernah memegang jawatan Menteri Kewangan sebelum itu bagi tempoh 9 Mac 2020 sehingga peletakan jawatan pada 9 November 2022.

Antara perkara menarik sepanjang tempoh menjadi Menteri Kewangan dan seterusnya Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri ialah beliau berkesempatan berkhidmat di bawah tiga Perdana Menteri.- Bernama

Continue Reading

Previous: Hujan berterusan dijangka landa beberapa negeri mulai 5 hingga 8 Disember – MetMalaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.