Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan telekomunikasi berlarutan di Lawas jejas urusan harian penduduk
  • Utara
  • WILAYAH

Gangguan telekomunikasi berlarutan di Lawas jejas urusan harian penduduk

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan

LAWAS: Perkhidmatan telekomunikasi di daerah ini terus mengalami gangguan serius sehingga menjejaskan pelbagai urusan harian penduduk, termasuk golongan peniaga.

Seorang penjawat awam, Senawi Abang, berkata masalah itu telah berlarutan lebih sebulan dan menimbulkan kesulitan besar apabila banyak urusan dalam talian tidak dapat diselesaikan.

“Setiap hari saya membuat ujian kelajuan internet dan hasilnya amat mengecewakan. Banyak urusan terganggu seperti laporan atas talian, pembelian dan pembayaran digital. Urusan sekolah anak-anak juga terjejas… maklumlah, kini hampir semua perkara memerlukan capaian internet,” katanya.

Beliau berharap pihak berwajib di peringkat negeri mahupun Persekutuan segera mengambil tindakan bagi mengatasi masalah yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Gangguan telekomunikasi di Daerah Lawas sebelum ini turut dilaporkan berlaku dengan kerap sejak November dan berlarutan hingga Disember, namun isu itu masih belum menemui penyelesaian.

Menurut penduduk, pelbagai pihak dilihat saling menuding jari, sedangkan masalah berkenaan semakin berlarutan dan membebankan masyarakat.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Dato Sri Wahab sumbang RM100,000 bantu bina kuil baharu di Matu
Next: NSJA sambut baik insentif RM700 untuk pengamal media swasta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.