Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Hujan berterusan dijangka landa beberapa negeri mulai 5 hingga 8 Disember – MetMalaysia
  • NASIONAL

Hujan berterusan dijangka landa beberapa negeri mulai 5 hingga 8 Disember – MetMalaysia

Utusan Sarawak 2 hours ago
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dari 5 hingga 8 Disember ini.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah dari 5 hingga 8 Disember ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat dari 5 hingga 6 Disember.

Beliau berkata hujan berterusan turut dijangka berlaku dari 6 hingga 7 Disember di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh, seluruh Terengganu serta Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin).

“Pada 7 dan 8 Disember, hujan berterusan diramal berlaku di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor manakala Sarawak di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong) , Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan.- Bernama

Continue Reading

Previous: RUU Antibuli 2025 diharap jadi “hero friend” kepada kanak-kanak – Azalina
Next: Tengku Zafrul dilantik pengerusi MIDA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.