Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pemeriksaan tapak pemasangan lampu jalan dilaksana bagi tingkatkan keselamatan
  • Tengah
  • WILAYAH

Pemeriksaan tapak pemasangan lampu jalan dilaksana bagi tingkatkan keselamatan

Utusan Sarawak 4 hours ago
TURUN PADANG…..Lau bersama pasukan SUPP Cawangan Bawang Assan melakukan pemeriksaan tapak pemasangan lampu jalan di kawasan Jambatan Bawang Assan, Sungai Lebaan hingga ke SK Bawang Assan, hari ini.

SIBU: Pasukan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan melakukan pemeriksaan tapak pemasangan lampu jalan di kawasan Jambatan Bawang Assan, Sungai Lebaan hingga ke SK Bawang Assan, hari ini.

Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, lawatan tersebut bertujuan untuk memuktamadkan perbincangan dengan kontraktor dan jurutera Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi memastikan setiap lokasi lampu jalan yang dicadangkan menyediakan pencahayaan optimum serta memenuhi keperluan pengguna.

“Beberapa aspek penting perlu dipertimbangkan sebelum menentukan titik pemasangan, termasuk infrastruktur sedia ada, sambungan bekalan elektrik serta faktor keselamatan pengguna jalan raya,” jelasnya.

Beliau yakin pemasangan lampu jalan baharu itu akan meningkatkan tahap keselamatan dan penglihatan pada waktu malam, sekali gus memberi manfaat kepada pemandu, pejalan kaki dan pelajar yang berulang-alik ke sekolah berhampiran terutama pada awal pagi dan lewat petang.

Pemeriksaan itu turut disertai jurutera Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), SEB serta kontraktor terlibat bagi menilai keperluan tambahan dan mengenal pasti lokasi sesuai untuk pemasangan lampu jalan pada fasa seterusnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: RTP 2025: Lima projek pembangunan Repok diserahkan kepada kontraktor
Next: Dato Sri Wahab sumbang RM100,000 bantu bina kuil baharu di Matu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.