Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Pinjam “Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ cecah RM4.2 bilion setakat akhir September – MOF
  • NASIONAL

Pinjam “Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ cecah RM4.2 bilion setakat akhir September – MOF

Utusan Sarawak 3 hours ago
BNPL cecah RM4.2 bilion setakat September 2025; tunggakan terkawal 3.5%, kerajaan perketat kawal selia melalui Akta Kredit Pengguna 2025.

KUALA LUMPUR: Jumlah pinjaman skim “Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) setakat 30 September 2025 mencecah RM4.2 bilion yang meliputi 7 juta pemegang akaun aktif dalam negara yang merangkumi 0.3 peratus daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah Malaysia.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata jumlah BNPL yang tidak berbayar atau tertunggak adalah terkawal iaitu RM147.7 juta atau 3.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pinjaman skim berkenaan.

“Bagi tempoh sama, terdapat seramai 185,465 pemegang akaun BNPL yang mempunyai baki tidak berbayar,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengenai langkah kerajaan dalam mengawal pembelian kredit di platform e-dagang yang berpotensi tinggi menjadi punca peningkatan hutang isi rumah di Malaysia.

Selain itu, Lim berkata setakat September 2025, jumlah hutang kad kredit adalah sebanyak RM50.7 bilion dengan jumlah tidak berbayar atau tertunggak sebanyak RM551.8 juta atau 1.1 peratus daripada keseluruhan hutang kad kredit dan kad caj.

“Kad kredit dan kad caj menawarkan fleksibiliti pembayaran kepada pengguna sekiranya pengguna mampu mengurus hutang dengan berhemah.

“Penggunaan kad kredit dan kad caj dalam platform e-dagang menyumbang kepada peningkatan pembelian secara kredit dalam kalangan isi rumah dengan kad kredit dan kad caj kekal sebagai salah satu instrumen utama pembiayaan pengguna,” katanya.

Menurutnya, kerajaan mengambil langkah proaktif dan menyeluruh dalam menangani isu pembelian kredit melalui platform e-dagang yang berpotensi menyumbang kepada peningkatan hutang isi rumah, khususnya melalui penggunaan kad kredit dan skim BNPL.

“Kerajaan sentiasa prihatin dan terus memperkenalkan pelbagai dasar untuk memastikan pemberi pinjaman kredit sentiasa berhemah dalam aktiviti pemberian hutang.

“Langkah ini penting dalam menangani risiko hutang melebihi kemampuan serta meningkatkan perlindungan kepada pengguna kredit demi memastikan ianya tidak menimbulkan kesan negatif kepada daya tahan isi rumah serta kestabilan sistem kewangan negara,” katanya.

Lim juga berkata Akta Kredit Pengguna 2025 (AKP) yang dijangka berkuat kuasa akhir tahun ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk mengawal penggunaan BNPL terutamanya dalam pembelian melalui kredit di platform e-dagang.

“Melalui AKP ini, pemberi kredit bukan bank seperti syarikat BNPL dikehendaki mematuhi keperluan pelakuan dan amalan pemberian kredit yang bertanggungjawab bagi melindungi pengguna kredit.

“Ini termasuk melakukan penilaian kelayakan kredit dan penilaian kemampuan berhutang terhadap pengguna kredit sebelum menawarkan pembiayaan, memastikan terma urus niaga adil, pengenaan caj atau fi yang telus, berpatutan dan tidak membebankan serta tata cara pengutipan hutang berhemah terhadap pengguna kredit,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: MCMC perkasa keselamatan dalam talian, kesan 957 kes kandungan jelik kanak-kanak sejak 2024
Next: RUU Antibuli 2025 diharap jadi “hero friend” kepada kanak-kanak – Azalina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.