Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MCMC perkasa keselamatan dalam talian, kesan 957 kes kandungan jelik kanak-kanak sejak 2024
  • NASIONAL

MCMC perkasa keselamatan dalam talian, kesan 957 kes kandungan jelik kanak-kanak sejak 2024

Utusan Sarawak 3 hours ago
MCMC: 957 kandungan jelik kanak-kanak dikesan sejak 2024, 94 peratus berjaya diturunkan; operasi bersama polis tahan 44 suspek dan keselamatan dalam talian terus diperkukuh melalui ONSA 2025.

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengesan sebanyak 957 kes kandungan jelik kanak-kanak di media sosial dalam tempoh 1 Januari 2024 hingga 30 November 2025.

Daripada jumlah itu, 899 kandungan berjaya diturunkan oleh platform media sosial, mencatatkan kadar pematuhan 94 peratus, dengan platform paling responsif ialah Tumblr, TikTok, dan Facebook.

Dalam usaha mengutamakan keselamatan kanak-kanak dalam talian, MCMC memaklumkan kerjasama penguatkuasaan turut dipergiat melalui operasi bersama pihak polis. Op Pedo 1.0 pada Disember 2024 membawa kepada penahanan 13 individu dan rampasan lebih 40,000 bahan melibatkan eksploitasi seksual kanak-kanak.

“Kejayaan lebih besar dicapai melalui Op Pedo 2.0 (22–30 September 2025), yang menyaksikan 31 suspek ditahan di 37 lokasi, termasuk kes melibatkan guru dan warga asing,” menurut MCMC dalam kenyataan hari ini.

Dalam aspek pendidikan awam, Kempen Internet Selamat (KIS) terus dipergiat dan terkini telah dilaksanakan di 8,454 institusi pendidikan, melibatkan pelajar, ibu bapa, pendidik dan komuniti.

Menurut MCMC, persiapan bagi pelaksanaan  Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2025 dan penguatkuasaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial mulai 2026 juga sedang dilaksanakan.

MCMC turut memaklumkan persiapan bagi pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2025 dan penguatkuasaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial mulai 2026 sedang dijalankan.

Inisiatif KIS 2.0 pada 2026 akan menumpukan kepada peningkatan literasi keselamatan digital dalam kalangan ibu bapa. Sejajar pelaksanaan ONSA 2025, suruhanjaya itu memberi tumpuan kepada instrumen subsidiari bagi memperkukuh kewajipan Pemberi Perkhidmatan Berlesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pendekatan baharu ini meletakkan perlindungan kanak-kanak sebagai keutamaan, termasuk pengurusan risiko platform serta langkah pencegahan terhadap kandungan memudaratkan.

“MCMC kekal komited memperkukuh keselamatan kanak-kanak dalam talian melalui kawal selia yang tegas, penguatkuasaan bersepadu dan pendidikan masyarakat yang berterusan,” kata MCMC.

ONSA 2025 memperkenalkan kerangka kawal selia yang lebih proaktif dengan menetapkan tanggungjawab jelas kepada platform untuk mengurus kandungan berisiko tinggi, termasuk bahan penganiayaan seksual kanak-kanak, kandungan lucah, kandungan sumbang, dan kandungan berkaitan kemudaratan diri.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pencarian MH370 akan disambung semula pada 30 Disember ini
Next: Pinjam “Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ cecah RM4.2 bilion setakat akhir September – MOF

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.