Lisbon kuat kuasa peraturan baharu

Facebook
WhatsApp
PATUHI SOP… Seorang pekerja restoran menyusun kerusi meja di tengah jalan ketika penularan Covid-19 masih berlaku di Lisbon, Portugal.• Foto AFP

LISBON: Lisbon menguatkuasakan peraturan baharu bermula 15
September ini dalam usaha mengekang penyebaran Covid -19.

Antara undang-undang baharu termasuk had penjualan dan penggunaan
alkohol yang hanya dibenarkan sehingga jam 8 malam sahaja.

Selain itu, pihak berkuasa juga mengehadkan perhimpunan hanya kepada
10 orang.

Penguatkuasaan itu itu susulan peningkatan kes Covid-19 sejak tiga
minggu lalu.

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan 585 kes baharu dilaporkan
pada Khamis sementara 646 kes dilaporkan pada hari sebelumnya, angka
tertinggi sejak pertengahan April.

Sekurang-kurangnya 1,852 kematian akibat pandemik itu direkodkan
sehingga kini.-AFP