Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Bantuan RM20,000 untuk setiap kontraktor Bumiputera di bawah PUTERA
  • SEMASA

DUN: Bantuan RM20,000 untuk setiap kontraktor Bumiputera di bawah PUTERA

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas bercakap ketika Persidangan DUN Sarawak, hari ini.

PETRA JAYA: Program Peningkatan Usahawan Bumiputera (PUTERA) kini diperluas kepada peserta Program Kontraktor Berdaya Saing (PKBS), menawarkan bantuan sehingga RM20,000 setiap individu bagi memperkukuh kapasiti kontraktor Bumiputera dalam projek pembangunan negeri.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, seramai 80 kontraktor akan dipilih dalam kumpulan pertama pada tahun 2025 untuk menerima manfaat program itu.

“Pelaksanaan PUTERA ini selaras dengan usaha kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memantapkan keupayaan kontraktor dan pembekal Bumiputera agar lebih kompetitif dan berdaya saing dalam melaksanakan projek berskala besar,” katanya ketika menggulung perbahasan kementeriannya pada sidang DUN hari ini.

Tambah beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru Kedua, pelbagai inisiatif lain turut dijalankan, termasuk 25 Pusat Inkubator dan Bimbingan Usahawan (PIBU) yang kini beroperasi di seluruh negeri dengan 6,119 peserta, Skim Pembiayaan Kontraktor Kecil Bumiputera yang telah menyalurkan RM6.7 juta kepada 44 kontraktor sehingga November 2025, serta Program Pembangunan Vendor Perabot Bumiputera dengan 34 vendor dilantik oleh Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (STIDC).

Uggah menegaskan bahawa kontraktor Bumiputera kini menguasai 54.2 peratus projek dibiayai kerajaan negeri, melibatkan nilai RM2.7 bilion daripada keseluruhan RM4.97 bilion, sekali gus mencerminkan kejayaan Projek Kontraktor Berdaya Saing (PKBS) dalam meningkatkan penyertaan dan prestasi kontraktor Bumiputera.

“Latihan dan pembangunan terus dipergiat dengan 110 kursus dilaksanakan sehingga November 2025, memberi manfaat kepada 5,931 peserta merangkumi kursus kompetensi, umum dan dalam talian,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 57 projek perumahan swasta sakit di Sarawak; satu diisytihar terbengkalai, pemaju berdepan pendakwaan
Next: DUN: Sarawak siap 1,127 projek pembiayaan alternatif, jalan persisir dan KUTS antara terbesar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.