Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Gol tunggal bawa Hermanos FC julang kejuaraan edisi pertama
  • SUKAN

Gol tunggal bawa Hermanos FC julang kejuaraan edisi pertama

Utusan Sarawak 4 hours ago
JUARA….Hermanos FC menerima piala kejohanan daripada Sylvester Embuas (belakang, lima kiri).

SARIKEI: Hermanos FC menamatkan cabaran dua hari Kejohanan Bola Sepak Terbuka Lelaki Edisi 1 dengan gelaran juara selepas menundukkan Rykoz United 1-0 dalam perlawanan akhir yang sengit di padang Taman Susur Jambu, baru-baru ini.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad dari Saratok itu membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, selain trofi dan pingat selaku juara kejohanan.

Rykoz United yang tewas dalam perlawanan akhir, meraih tempat kedua dengan RM1,000, manakala Aries Star FC melengkapkan senarai pemenang dengan tempat ketiga dan menerima RM750, masing-masing turut membawa pulang trofi dan pingat.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Pakan ini merupakan edisi sulung dan diadakan sebagai penutup kalendar bola sepak 2025 kelab tersebut yang aktif menganjurkan program pembangunan sukan di peringkat komuniti.

Majlis penutupan kejohanan dirasmikan oleh Sylvester Embuas Bagi iaitu Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom.

Dalam ucapan ringkasnya, Sylvester Embuas menegaskan bahawa penganjuran kejohanan ini bukan sahaja mempamerkan bakat di peringkat akar umbi, tetapi turut berperanan sebagai platform menyatukan masyarakat melalui sukan kompetitif.

“Pertandingan bola sepak amat penting dalam memupuk persaingan sihat, selain meningkatkan penyertaan golongan muda dalam aktiviti riadah yang positif.

“Perlawanan yang dimainkan di padang memberikan dimensi sebenar kepada pengalaman pemain, terutama dari sudut kecergasan, taktikal dan kerjasama berpasukan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kelab Bola Sepak Pakan, Kevin Jampang Ranggak, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan edisi pertama kejohanan tersebut.

Menurut Kevin, penyertaan 24 pasukan dalam edisi sulung ini menunjukkan minat yang tinggi dalam sukan bola sepak, seterusnya membuktikan kejohanan berasaskan komuniti masih relevan dan mendapat sambutan merentasi generasi.

Beliau berharap kejohanan ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai acara tahunan yang memberi ruang kepada lebih ramai pemain mempamerkan potensi mereka dalam suasana kompetitif.

Oleh Earl Anek

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak terus perkasa kemudahan sukan inklusif untuk komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.