Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim
  • NASIONAL

Agong kurnia surat cara pelantikan kepada lima hakim

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada lima hakim di Istana Negara, di sini. 

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara itu dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Besar Malaya Datuk Hashim Hamzah.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada empat Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, Datuk Azimah Omar dan Datuk Collin Lawrence Sequerah. 

Antara yang hadir menyaksikan istiadat berkenaan ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.

Hashim yang sebelum ini Hakim Mahkamah Rayuan, dilantik bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tan Sri Hasnah Hashim yang bersara wajib pada 14 November lepas.

Che Mohd Ruzima, Mohd Nazlan, Azimah dan Sequerah masing-masing turut berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Turut hadir Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. 

Selesai istiadat pengurniaan, Seri Paduka Baginda berkenan bergambar bersama-sama para hakim yang baru dilantik.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ishak Ayub dakwa terima restu Presiden, pendirian STAR tidak berubah
Next: Tiga Menteri angkat sumpah penggal kedua sebagai Senator Dewan Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.