Ancaman bom palsu paksa pesawat buat pendaratan cemas di India

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

NEW DELHI: Sebuah penerbangan IndiGo dari Kuwait ke Hyderabad, India, hari ini terpaksa membuat pendaratan cemas di lapangan terbang Mumbai, pusat kewangan negara itu, selepas pihak berkuasa menerima ancaman bom, lapor Xinhua.

Ancaman itu bagaimanapun didapati palsu, kata pegawai.

Penerbangan itu diubah haluan ketika berada di udara selepas pegawai menerima e-mel amaran mengenai “bom manusia” di dalam pesawat.

Sebaik mendarat di Mumbai, pesawat berkenaan dibawa terus ke ruang pengasingan di lapangan terbang. Namun, ancaman itu disahkan palsu apabila tiada apa-apa mencurigakan ditemui.

Data rasmi menunjukkan bahawa dari 1 Jan 2024 hingga 14 Nov 2024, jumlah panggilan ancaman bom palsu yang diterima syarikat penerbangan dan lapangan terbang di negara itu mencecah 999.

Pada Jun tahun lalu, badan keselamatan penerbangan awam India mencadangkan larangan terbang selama lima tahun terhadap individu yang mengeluarkan ancaman sedemikian.

-BERNAMA-XINHUA

Gempa bumi sederhana di Laut Bali Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 2.10 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran

SEDAR rasmi tukar nama kepada WAWASAN

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) kini secara rasmi menggunakan nama Parti Wawasan Rakyat (WAWASAN) selepas mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan