Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dadah enam gram dirampas, lelaki ditahan di Kampung Goebilt
  • JENAYAH

Dadah enam gram dirampas, lelaki ditahan di Kampung Goebilt

Utusan Sarawak 1 hour ago
Dadah yang dirampas.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan dalam satu operasi polis di Kampung Goebilt, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata pemeriksaan ke atas suspek membawa kepada rampasan tujuh paket plastik lutsinar berwarna biru berisi dadah disyaki Methamphetamine seberat enam gram dengan nilai anggaran RM660.

“Hasil ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan semakan lanjut menunjukkan tiada rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun serta tiga hingga sembilan sebatan jika sabit kesalahan. Suspek direman tiga hari bermula esok hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Alexson menegaskan kejayaan tangkapan itu hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam, dan menekankan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah.

Beliau turut mengingatkan bahawa memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah adalah kesalahan serius di sisi undang-undang.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kekal komited memerangi dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang.

Orang ramai digesa menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui hotline JSJN Bukit Aman di 012-208 7222 atau JSJN Sarawak di 017-592 9211.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dadah 5.30 gram dirampas, lelaki ditahan di Kampung Semariang Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.