Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat majikan terima Anugerah Majikan Terbaik KWSP Bintulu 2025
  • Utara
  • WILAYAH

Empat majikan terima Anugerah Majikan Terbaik KWSP Bintulu 2025

Utusan Sarawak 3 hours ago
Ketua Cawangan KWSP Bintulu, Ali Ding berucap pada Majlis Penghargaan Majikan Terbaik KWSP Bintulu 2025 di sebuah hotel di Bintulu semalam.

BINTULU: Empat majikan di sini diiktiraf sebagai penerima Anugerah Majikan Terbaik KWSP Bintulu 2025, satu pengiktirafan kepada syarikat yang menunjukkan disiplin tinggi dalam pematuhan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengiktirafan itu turut menekankan komitmen syarikat terhadap kebajikan pekerja, sekali gus menjadikan mereka contoh teladan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai majikan berdaftar.

Antara penerima anugerah tersebut ialah Jaymore Sdn. Bhd., Medan Jaya Medical Clinic, Air-Marine Cargo Agency Sdn. Bhd. serta Daiken Sarawak Sdn. Bhd.

Ketua Cawangan KWSP Bintulu, Ali Ding menyampaikan Anugerah Majikan Terbaik KWSP Bintulu 2025 kepada wakil syarikat penerima pada majlis yang berlangsung di Bintulu semalam.

Ketua Cawangan KWSP Bintulu, Ali Ding berkata, penilaian dibuat berdasarkan tiga kategori mengikut jumlah tenaga kerja iaitu majikan besar, sederhana dan kecil, bagi memastikan setiap kumpulan dinilai secara seimbang dan adil.

Menurutnya, kepatuhan caruman bukan sahaja memenuhi keperluan perundangan, tetapi turut mencerminkan budaya pengurusan yang menghargai kesejahteraan pekerja.

Penerima Anugerah Majikan Terbaik KWSP Bintulu 2025 bergambar bersama Ketua Cawangan KWSP Bintulu selepas majlis penyampaian yang berlangsung di Bintulu semalam.

“Pekerja yang menerima caruman teratur mempunyai perlindungan kewangan lebih kukuh untuk jangka panjang. 

“Ini bukan sekadar simpanan persaraan, tetapi juga jaminan yang memberi ketenangan kepada pekerja,” katanya pada Majlis Penghargaan Majikan Terbaik 2025 yang diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

Program tahunan tersebut bertujuan menggalakkan lebih banyak majikan mematuhi tanggungjawab caruman tepat masa sekali gus memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Naik taraf tandas bukti komitmen GPS terhadap pembangunan sebenar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.