Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 12 ahli baharu dilantik ke MPPN bagi penggal 2025-2027 – KPN
  • NASIONAL

12 ahli baharu dilantik ke MPPN bagi penggal 2025-2027 – KPN

Utusan Sarawak 3 hours ago
Prof Datu Dr Neilson Ilan Mersat (kiri) dan Prof Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi (kanan).

PUTRAJAYA: Sebanyak 12 ahli baharu dilantik ke Majlis Penasihat Perpaduan Negara (MPPN) bagi penggal 2025-2027 terdiri daripada tokoh masyarakat, ahli badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, penggiat seni budaya, tokoh korporat serta wakil dari Sabah dan Sarawak.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu diumumkan pada mesyuarat MPPN yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini, yang turut dihadiri Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Menurut kenyataan itu, antara ahli baharu yang dilantik ialah Pengerusi Lembaga Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR) Datuk Dr Johan Arriffin Abd Samad, Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Development Studies (IDS) Sabah Datuk Dr Ramzah Dambul dan Pengarah Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Prof Datuk Dr Awang Azman Awang Pawi.

Turut dilantik ialah Pengerusi Kebudayaan Dayak Cultural Foundation Prof Datu Dr Neilson Ilan Mersat serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah Women’s Institute of Management Ainon Kuntom.

KPN memaklumkan MPPN ditubuhkan bertujuan menasihati kerajaan dalam hal-ehwal perpaduan serta membincangkan isu-isu perpaduan, usaha-usaha penyatuan nasional daripada pelbagai sudut dan mencadangkan kaedah penyelesaian terbaik kepada kerajaan untuk menangani isu dan cabaran perpaduan. 

“Sepanjang 2020 hingga 2025, sebanyak lapan mesyuarat MPPN dilaksanakan bagi membincangkan pelbagai isu dan inisiatif yang telah pun diangkat sehingga menjadi dasar atau pelan kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Antara inisiatif itu ialah Pembangunan Dasar Perpaduan Negara, Pembangunan Pelan Tindakan Perpaduan Negara Tahun 2021-2030 serta Pelaksanaan Lafaz Ikrar Rukun Negara dalam majlis rasmi kerajaan dan sesi pembukaan sidang Parlimen. Turut merangkumi ialah Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021-2030.

Selain itu, inisiatif berkenaan turut meliputi Modul Penghayatan Rukun Negara dan Program Gerak Integrasi Perpaduan MADANI serta Pelaksanaan Semula Program Latihan Khidmat Negara.

Aaron dalam kenyataan sama berkata KPN telah diberikan mandat untuk menerajui Tonggak D1 iaitu Pembentukan Negara Bangsa dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030. 

Beliau berkata penekanan utama diberikan kepada usaha membina sebuah negara bangsa yang berdaulat, bermaruah dan utuh demi menjamin keharmonian, keamanan serta kestabilan negara. 

“KPN juga sedang dalam usaha merangka Pelan Tindakan Pembinaan Negara Bangsa dan akan diikuti dengan penganjuran Persidangan Pembinaan Negara Bangsa pada tahun hadapan,” katanya.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: KPM perkukuh langkah keselamatan tegas tidak kompromi isu buli di sekolah
Next: RM42 bilion hutang 1MDB telah dibayar – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.