Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pengalaman di Bako diperhalusi, perkasa pengurusan TPIB Bukit Penyauk
  • TEMPATAN

Pengalaman di Bako diperhalusi, perkasa pengurusan TPIB Bukit Penyauk

Utusan Sarawak 3 hours ago
LAWATAN penanda aras 12 peserta dari Lembaga Kebajikan Masjid Bandar Sri Aman bersama TPIB Bukit Penyauk ke Tanah Perkuburan Islam Bako, semalam. Foto Lembaga Kebajikan Masjid Bandar Sri Aman

KUCHING: Lawatan penanda aras 12 peserta dari Lembaga Kebajikan Masjid Bandar Sri Aman bersama Jawatankuasa Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Bersepadu (TPIB) Bukit Penyauk ke Tanah Perkuburan Islam Bako (PTPIB) membuka ruang besar kepada usaha memperkukuh sistem pengurusan perkuburan Islam di Sri Aman.

Dipimpin Pengerusi Lembaga Kebajikan Masjid Bandar Sri Aman, Datu Abang Shamsudin Abang Seruji, delegasi berkenaan meneliti secara dekat model pengurusan PTPIB yang diiktiraf antara paling sistematik di Sarawak.

Lawatan yang berfokus ini menyentuh tiga aspek utama iaitu memahami amalan terbaik tadbir urus, mendapatkan maklumat struktur organisasi serta operasi harian, dan membina rangka kerjasama strategik antara kedua-dua tapak perkuburan.

Delegasi turut mengikuti sesi taklimat khas oleh Pengerusi Lembaga Amanah Masjid Kampung Bako merangkap Penaung PTPIB, Datu Chaity Bolhassan, yang memberikan gambaran menyeluruh tentang sejarah, struktur pentadbiran, penggunaan teknologi serta hala tuju pembangunan jangka panjang PTPIB.

Peserta kemudiannya meninjau kemudahan utama termasuk bilik jenazah, surau, laluan logistik, sistem saliran, kawasan pengebumian serta infrastruktur penyelenggaraan, pengalaman ‘hands-on’ yang membolehkan mereka menilai sendiri standard operasi dan persekitaran perkuburan yang tersusun.

Sesi perkongsian turut memperincikan pengurusan data jenazah, penyelenggaraan berkala, prosedur pengebumian serta peranan komuniti dalam memelihara kelestarian pengurusan tanah perkuburan.

LAWATAN penanda aras 12 peserta dari Lembaga Kebajikan Masjid Bandar Sri Aman bersama TPIB Bukit Penyauk ke Tanah Perkuburan Islam Bako, semalam. Foto Lembaga Kebajikan Masjid Bandar Sri Aman

Mengulas lawatan tersebut, Abang Shamsudin menzahirkan penghargaan kepada PTPIB atas perkongsian pengalaman yang disifatkan sangat bernilai.

“Kami amat menghargai kesudian pihak PTPIB berkongsi amalan terbaik dan proses pengurusan yang begitu teratur. 

“Pengetahuan yang diperoleh hari ini sangat penting, terutama berkaitan tatacara operasi harian, pengurusan data jenazah dan kaedah penyelenggaraan berjadual,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa segala pengalaman tersebut akan diadaptasi, diperhalusi dan ditambah baik untuk diaplikasikan dalam pengoperasian TPIB Bukit Penyauk.

“Insya-Allah, ia mampu membentuk sistem pengurusan perkuburan yang lebih cekap, teratur dan berintegriti demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat Islam di Sri Aman,” ujarnya.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pemangku Pegawai Agama Islam Bahagian Sri Aman, Ustaz Kamarulzaman Kawi; Ustaz Wan Muhammad Asyraf Haji Wan Jamari; Temenggong Mohd Shah Acang; Pemanca Abang Norin Abang Norudin; Penghulu Zamahari Morshidi; Penghulu Rosli Ana; serta ahli jawatankuasa Lembaga Kebajikan Masjid Bandar Sri Aman dan TPIB Bukit Penyauk.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: Sarawak bangunkan sistem digital kawal selia pemilikan senapang patah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.