Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Mahasiswa Sarawak timba pengalaman legislasi melalui lawatan akademik ke Parlimen
  • PENDIDIKAN

Mahasiswa Sarawak timba pengalaman legislasi melalui lawatan akademik ke Parlimen

Utusan Sarawak 3 hours ago
DATUK Seri Fadillah Yusof menerima kunjungan serta menyertai sesi makan tengah hari bersama 32 mahasiswa PMSUM dalam pertemuan yang berlangsung di Parlimen Malaysia. Foto Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menerima kunjungan serta menyertai sesi makan tengah hari bersama 32 mahasiswa Persatuan Mahasiswa Sarawak Universiti Malaya (PMSUM) dalam pertemuan yang berlangsung di Parlimen Malaysia.

Rombongan PMSUM itu diketuai oleh Ilman Mohd Azlan Jayasilan, dan turut disertai pelajar daripada pelbagai jurusan termasuk Undang-Undang, Kejuruteraan, Kewangan dan Ekonomi, Pengajian Islam, Syariah, Sejarah, Bahasa Inggeris dan Sains Aktuari.

Turut hadir menyantuni para mahasiswa ialah Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi serta Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.

Fadillah dalam ucapannya menekankan bahawa anak muda Sarawak perlu berani melangkah ke hadapan, mencabar diri mencuba perkara baharu serta mengambil ruang untuk memimpin sebagai persiapan menghadapi masa depan yang kian mencabar.

“Jangan sesekali meremehkan potensi diri. Dunia kini bergerak pantas, dan keberanian melangkah sering menjadi pemisah antara mereka yang hanya menunggu peluang dan mereka yang berani mencipta peluang,” katanya.

LAWATAN PMSUM ke Parlimen hari ini turut merangkumi kunjungan hormat kepada Ahli-ahli Parlimen GPS serta sesi lawatan akademik bagi memahami perjalanan institusi legislatif negara. Foto Rubiah Wang

Beliau berharap pertemuan itu menjadi pembakar semangat agar mahasiswa lebih yakin, berani dan bersedia mengangkat nama Sarawak di mana sahaja mereka berada.

Lawatan PMSUM ke Parlimen hari ini turut merangkumi kunjungan hormat kepada Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta sesi lawatan akademik bagi memahami perjalanan institusi legislatif negara.

Program anjuran PMSUM dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya itu bertujuan memperkukuh pemahaman mahasiswa terhadap sistem demokrasi berparlimen, termasuk mekanisme penggubalan dasar dan undang-undang.

Sepanjang lawatan, peserta diberi taklimat mengenai fungsi Parlimen, peranan wakil rakyat serta proses mesyuarat Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi membolehkan mereka memahami struktur pentadbiran negara dengan lebih dekat.

Program berkenaan yang diakhiri dengan sesi interaksi bersama Ahli-ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS), sekali gus membuka ruang perbincangan mengenai isu semasa dan masa depan kepimpinan anak muda Sarawak.

Oleh Adi Safarman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: DUN: DLP diperluas ke sekolah menengah di Sarawak mulai tahun depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.