Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Skim Lindung 24/7 langkah penting lindungi pekerja – Kelvin Yii
  • SEMASA

Skim Lindung 24/7 langkah penting lindungi pekerja – Kelvin Yii

Utusan Sarawak 4 hours ago
AHLI Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii.

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii menyifatkan pembentangan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau Lindung 24/7 sebagai langkah besar dalam memperkukuh sistem perlindungan sosial negara.

Beliau berkata rang undang-undang yang dibentang di Parlimen menutup jurang lama, kerana sebelum ini PERKESO hanya melindungi kemalangan yang berlaku semasa waktu kerja atau yang dikategorikan berkaitan dengan kerja.

Dr Yii berkata lebih 26,000 tuntutan kemalangan ditolak sejak 2018 kerana berlaku di luar waktu kerja, menyebabkan ramai pekerja dan keluarga tidak menerima perlindungan. Skim baharu ini memastikan pekerja dilindungi sepanjang masa termasuk pada hari rehat, cuti umum dan perjalanan harian.

Beliau turut menekankan beberapa kes di Sarawak yang menunjukkan keperluan reformasi, termasuk operator pengeluaran cedera ketika menjemput isterinya,pengurus perniagaan maut pada hari cutinya, dan juruteknik dinafikan pampasan selepas kerja lebih masa.

Menurutnya, skim ini akan meliputi kes kematian, hilang upaya kekal, hilang upaya sementara serta perbelanjaan perubatan akibat kemalangan bukan di tempat kerja. Semua pencarum aktif PERKESO layak membuat tuntutan melalui sistem sedia ada.

Dr Yii berkata kenaikan caruman adalah kecil berbanding manfaat perlindungan sepanjang masa.

Beliau menegaskan bahawa Skim Lindung 24/7 adalah hak sosial baharu bagi pekerja di negara ini, sekali gus mencerminkan komitmen negara terhadap keadilan dan perlindungan berterusan untuk semua pekerja.

Oleh Connie Chieng

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Beberapa ADUN Sabah dilihat memasuki pekarangan Istana Seri Kinabalu
Next: Dayang Noorazah hadiri Majlis Graduasi PCCL Kohort II di United Kingdom

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.