Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih 2,000 anggota APM siap siaga hadapi Ribut Tropika Senyar
  • NASIONAL

Lebih 2,000 anggota APM siap siaga hadapi Ribut Tropika Senyar

Utusan Sarawak 3 hours ago
LEBIH 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi kesan Ribut Tropika Senyar yang melanda sejak semalam. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi kesan Ribut Tropika Senyar yang melanda sejak semalam.

APM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mengaktifkan Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) di 14 buah negeri dan 198 Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU) bagi menyelaras segala operasi pemantauan, kesiapsiagaan dan respons kecemasan sepanjang tempoh amaran di samping membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di semua negeri dan daerah.

“Lebih 2,000 anggota berkenaan ditugaskan untuk membuat rondaan di kawasan berisiko tinggi. Pasukan itu dilengkapi peralatan penyelamatan air, bot, ambulans, dron pemantauan serta komunikasi kecemasan,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, APM turut menempatkan pelbagai aset termasuk bot penyelamat, trak angkut, kenderaan pacuan empat roda, generator serta pam air mudah alih di lokasi strategik bagi memastikan operasi bantuan tidak terganggu.

APM memaklumkan sebanyak 30,300 pek makanan sedia dimakan, 88,701 unit khemah mudah alih bencana serta 31,480 kit makanan disediakan bagi memastikan kebajikan petugas dan mangsa.

Kenyataan itu memaklumkan, APM turut bekerjasama dengan semua agensi pengurusan bencana bagi memastikan koordinasi menyeluruh meliputi pemindahan, penyelamatan dan pengoperasian pusat pemindahan sementara (PPS).

“APM turut menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengikuti perkembangan amaran cuaca rasmi, berpindah apabila diarahkan, mengelakkan kawasan berisiko banjir, menyediakan beg kecemasan serta memastikan dokumen penting disimpan dengan selamat.

“Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu yang boleh menimbulkan panik dan hubungi talian kecemasan 999 sekiranya memerlukan bantuan segera,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata Ribut Tropika Senyar dikesan memasuki perairan Selat Melaka yang dijangka menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora.- Bernama

Continue Reading

Previous: Ribut Tropika Senyar: Tanah runtuh, pokok tumbang di Seremban, Port Dickson
Next: Tiada majoriti, PRN Sabah bakal ‘lahirkan’ kerajaan campuran – Penganalisis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.