Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • FTES 2026: Pelajar Sarawak tak perlu mohon, nama akan dihantar terus oleh universiti
  • PENDIDIKAN

FTES 2026: Pelajar Sarawak tak perlu mohon, nama akan dihantar terus oleh universiti

Utusan Sarawak 13 hours ago
JELASKAN… Dato Sri Roland Sagah Wee Inn ketika sidang media Persidangan dan Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di Petra Jaya, hari ini. 

PETRA JAYA: Pelajar Sarawak tidak perlu membuat permohonan khas untuk menikmati manfaat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) apabila ia bermula pada 2026, sebaliknya nama mereka akan dihantar secara automatik oleh universiti kepada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat untuk proses pembayaran.

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 pelajar bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima universiti-universiti tempatan Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata jumlah penerima sebenar bergantung kepada pelajar yang memohon dan berjaya diterima masuk ke dalam 64 kursus terpilih yang menyokong dasar pembangunan bakat negeri.

“Ini selaras dengan dasar pembangunan bakat kita. Kita perlu melahirkan lebih ramai tenaga kerja berasaskan sains, terutamanya dalam bidang kejuruteraan dan industri berkaitan sains. 

“Kita sedang menyediakan tenaga kerja untuk peluang yang ditawarkan oleh industri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pameran Aeroangkasa Asia Pasifik (APACE) 2026 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Beliau menjelaskan pendidikan percuma itu tidak meliputi semua program pengajian, sebaliknya tertumpu kepada bidang yang menyokong peralihan Sarawak ke arah ekonomi hijau serta ekonomi berasaskan sains dan teknologi.

Roland Sagah turut menegaskan bahawa inisiatif berkenaan hanya melibatkan empat universiti di Sarawak, memandangkan universiti awam lain berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Pelajar luar bandar jangan jadi pemerhati, rebut peluang FTES – Uggah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.