Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas hantar 20 anggota ke Sabah, laksana tugas PRN ke-17
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Lawas hantar 20 anggota ke Sabah, laksana tugas PRN ke-17

Utusan Sarawak 3 hours ago
PELEPASAN BSM… DSP Liong melakukan pelepasan anggota BSM IPD Lawas untuk penugasan di PRN Sabah.

LAWAS: Seramai 20 anggota Bantuan Sumber Manusia (BSM) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas telah bergerak ke Sabah untuk melaksanakan tugas sempena Pilihan Raya Dewan Undangan (PRN) Sabah ke-17.

Majlis Pelepasan BSM IPD Lawas ke Sabah berlangsung di Dewan Serbaguna IPD Lawas hari ini dan disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan.

BSM terlibat dalam penugasan ini, diketuai Sjn Nazarudin Suhaili (BSJD), merangkumi 18 anggota elemen Jaga Saluran dan dua anggota elemen trafik.

SERAH BENDERA… DSP Liong menyerahkan bendera Sang Saka Biru kepada Sarjan Nazarudin Suhaili di Dewan IPD Lawas.

DSP Liong dalam amanatnya menekankan kepentingan kesiapsiagaan, disiplin, imej pasukan, keselamatan, serta semangat berpasukan sepanjang penugasan.

Beliau turut mengingatkan anggota agar menjaga integriti, mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), dan mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan nama baik pasukan.

Majlis turut diserikan dengan simbolik penyerahan bendera Sang Saka Biru, nyanyian lagu rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), sesi bergambar, dan diakhiri dengan pelepasan konvoi ke Sabah.

DSP Liong, mewakili seluruh IPD Lawas, menzahirkan doa agar setiap pegawai dan anggota yang terlibat dapat menunaikan amanah ini dengan penuh kecemerlangan serta kembali ke formasi dalam keadaan selamat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jambatan Sebauh dibuka 6 Disember depan, hadiah Krismas komuniti Sebauh
Next: JPJ Miri gempur kenderaan perdagangan, 240 diperiksa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.