Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Untung bersih Petronas Gas turun
  • BISNES

Untung bersih Petronas Gas turun

Utusan Sarawak 14 hours ago
LOGO Petronas Gas.

KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd (PGB) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah berjumlah RM444.23 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2025 berbanding RM493.67 juta bagi suku sama tahun kewangan 2024.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, PGB menjelaskan perolehan pula susut kepada RM1.62 bilion daripada RM1.66 bilion bagi tempoh yang sama.

Prestasi perolehan itu disebabkan terutama oleh segmen utiliti selaras dengan harga produk yang lebih rendah serta segmen pengangkutan gas berikutan pelarasan tarif menurun yang berpunca daripada faktor perkongsian untuk penggunaan gas dalaman (IGC) yang lebih rendah pada tahun sebelumnya.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama, PGB mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah berjumlah RM1.36 bilion berbanding RM1.42 bilion dalam tempoh yang sama tahun kewangan sebelumnya, manakala perolehan susut kepada RM4.80 bilion daripada RM4.92 bilion.

Mengenai prospek, syarikat itu menjelaskan pihaknya terus menunjukkan daya tahan melalui operasi berdisiplin, pengurusan aset yang proaktif dan usaha berterusan dalam pengoptimuman kos, meskipun menghadapi cabaran operasi.

“Pada suku akan datang, PGB menjangkakan aktiviti penyelenggaraan dipertingkatkan sebagai sebahagian daripada program jaminan kebolehpercayaan dan keselamatan yang berterusan, dan pelarasan rebat berkaitan struktur baharu tarif elektrik yang diumumkan kerajaan dijangka terus memberi tekanan kepada perolehan segmen utiliti.

“PGB kekal memberi tumpuan kepada pengurusan kos yang berhemat, kecemerlangan operasi dan kemampanan jangka masa panjang, memastikan operasi yang selamat, boleh dipercayai dan cekap yang terus mencipta nilai berkekalan untuk semua pihak berkepentingan,” menurutnya.

-BERNAMA

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa MalaysiaBursa Malaysia melantun pada sesi awal dipacu jangkaan kadar faedah AS turunBursa Malaysia
Next: Ringgit dibuka tinggi didorong prestasi lemah dolar AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.