Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Kuching tahan tiga lelaki tempatan, rampas dadah bernilai RM605
  • JENAYAH

Polis Kuching tahan tiga lelaki tempatan, rampas dadah bernilai RM605

Utusan Sarawak 6 hours ago
Dadah yang dirampas daripada suspek.

KUCHING: Polis Daerah Kuching berjaya menahan tiga lelaki tempatan dan merampas syabu bernilai RM605 dalam satu operasi di kawasan Petanak, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata penahanan tersebut dilakukan sekitar 1.20 tengah hari oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Beliau berkata pihak polis telah memeriksa sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berusia antara 21 hingga 35 tahun dan menemui lapan paket plastik lutsinar mengandungi syabu seberat 5.30 gram, serta satu lagi paket seberat 0.20 gram bahan sama.

Alexson berkata ketiga tiga suspek didapati positif amphetamine dan methamphetamine melalui ujian saringan awal air kencing.

“Semakan rekod jenayah mendapati dua suspek tidak mempunyai rekod lampau, manakala seorang lagi mempunyai dua kes terdahulu di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun dan tiga hingga sembilan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Alexson menambah bahawa semua suspek telah direman selama empat hari dari 27 hingga 30 November di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan.

Beliau berkata kejayaan operasi ini adalah hasil risikan berterusan dan maklumat daripada orang awam.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah adalah satu kesalahan serius di sisi undang undang,” tegasnya.

Alexson berkata komitmen Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dalam membanteras dadah adalah untuk melindungi generasi masa kini dan akan datang, sambil mengingatkan masyarakat bahawa dadah kekal sebagai musuh nombor satu negara.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui Talian Hotline JSJN di 012 208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di 017 592 9211.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki tempatan disyaki terbabit kes tipu pinjaman tidak wujud

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.