Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak bakal jadi tumpuan industri animasi, permainan digital serantau – Gobind Singh
  • SEMASA

Sarawak bakal jadi tumpuan industri animasi, permainan digital serantau – Gobind Singh

Utusan Sarawak 2 hours ago
PREMIER Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah), menerima kunjungan hormat Menteri Digital, Gobind Singh Deo (kanan), di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya, hari ini. Turut hadir Setiausaha Negeri Sarawak, Datuk Seri Mohamad Abu Bakar Marzuki (kiri). Foto BERNAMA

PETRA JAYA: Sarawak bakal menjadi tumpuan industri animasi dan permainan digital serantau dengan penganjuran Borneo Animation and Gaming Festival (BAGF) yang dijadualkan berlangsung pada Ogos tahun depan.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata penganjuran festival itu bertujuan menghimpunkan pakar industri, pembangun kandungan digital dan komuniti kreatif, sekali gus mengangkat Sarawak sebagai hab baharu sektor animasi dan permainan digital di rantau ini.

Beliau menambah, BAGF dijangka memberi tumpuan khusus kepada penyertaan negara-negara ASEAN, selain menarik pemain industri global ke Malaysia.

“Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, turut memberikan respons positif dan bersetuju agar satu jawatankuasa bersama ditubuhkan bagi merangka pelaksanaan program tersebut.

“Jawatankuasa itu nanti akan dianggotai wakil kerajaan negeri, Kementerian Digital, dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk membincangkan perkara berkenaan dengan lebih terperinci,” katanya.

Gobind berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong, di sini hari ini.

Beliau berkata pertemuan itu turut membincangkan komitmen Sarawak terhadap agenda pendigitalan negara di bawah inisiatif Kecerdasan Buatan (AI) Nation 2030, bagi memperkukuh pembangunan teknologi serta ekosistem digital negara.

Menurut kenyataan Kementerian Digital, BAGF dijadualkan berlangsung selama lima hari, menghimpunkan kira-kira 300 delegasi industri dan menampilkan lebih 200 pempamer.

Selain itu, kementerian menyasarkan penyertaan pemain industri global utama termasuk Walt Disney, DreamWorks, Netflix, Sony Pictures Animation, Konami, dan Nintendo.- Bernama

Continue Reading

Previous: DUN: ADUN Bukit Assek sokong Bajet Sarawak 2026, fokus kesejahteraan rakyat dan pembangunan infrastruktur
Next: DUN: TTG diperkuat untuk pacu sektor pelancongan negeri – Datuk Sebastian Ting Chiew Yew

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.