Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 150 peserta sertai Program Pendidikan Bebas Dadah di SJKC Su Lai
  • PENDIDIKAN

150 peserta sertai Program Pendidikan Bebas Dadah di SJKC Su Lai

Utusan Sarawak 1 hour ago
PUPUK KESEDARAN BAHAYA DADAH…..Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah di SJKC Su Lai, berjalan lancar pada Isnin lalu. Foto AADK Daerah Sibu

SIBU: Usaha memupuk kesedaran antidadah dalam kalangan murid terus diperkasakan dengan penyertaan seramai 150 pelajar, guru dan kakitangan dalam Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Su Lai di sini, kelmarin

Menurut kenyataan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu di Facebook rasminya, program itu diadakan sempena Program Sekolahku Bebas Dadah dan Jenayah Peringkat Sekolah 2025.

“Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran murid mengenai bahaya penyalahgunaan dadah serta kepentingan pendidikan pencegahan sejak di bangku sekolah.

“Ia juga diharap dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat, sihat dan bebas daripada ancaman dadah,” kata kenyataan itu.

Selin ceramah, peserta turut diberi pendedahan mengenai kesan buruk penyalahgunaan dadah melalui mini pameran antidadah yang diadakan sepanjang program berlangsung.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Program STEM perkasa kemahiran murid di SK Mubok Berawan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.