Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN: Entiti tunggal Lembaga Pelabuhan Sarawak beroperasi penuh tahun depan
  • SEMASA

DUN: Entiti tunggal Lembaga Pelabuhan Sarawak beroperasi penuh tahun depan

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Majang Renggi pada sesi soal-jawab sidang DUN hari ini.

PETRA JAYA: Lembaga Pelabuhan Sarawak dijangka memulakan operasi sepenuhnya pada suku kedua tahun 2026 bagi menyelaraskan semua lembaga pelabuhan di negeri ini di bawah satu badan kawal selia tunggal.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan  Datuk Majang Renggi, Datuk Majang Renggi berkata kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas untuk menyediakan kerangka pentadbiran dan pengurusan bagi pelaksanaan Lembaga Pelabuhan Sarawak.

“Ini selari dengan Ordinan Lembaga Pelabuhan Sarawak 2024.

“Proses penyatuan kawal selia akan dilaksanakan secara tiga fasa iaitu fasa interim, pengkorporatan dan penswastaan,” katanya pada sesi soal-jawab sidan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Majang berkata dalam fasa interim, kawal selia dipindahkan daripada lembaga-lembaga pelabuhan sedia ada kepada Lembaga Pelabuhan Sarawak.

Katanya, fasa pengkorporatan akan menukar status lembaga-lembaga pelabuhan kepada syarikat milik penuh kerajaan Sarawak bagi membolehkan operasi berasaskan pasaran dan akauntabiliti tinggi.

Beliau turut menyatakan bahawa kakitangan lembaga-lembaga pelabuhan sedia ada akan ditawarkan penjawatan sama ada dalam Lembaga Pelabuhan Sarawak atau entiti korporat baharu berdasarkan prinsip “tidak kurang menguntungkan”.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: DUN: Rundingan Geran Khas MA63 diteruskan, keputusan mahkamah di KK kukuhkan lagi tuntutan
Next: DUN: Sarawak tingkat bina rumah mampu milik, sasar golongan muda, B40

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.