Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PDRM Sarawak siap siaga hadapi banjir, OCPD daerah diarah sedia aset
  • TEMPATAN

PDRM Sarawak siap siaga hadapi banjir, OCPD daerah diarah sedia aset

Utusan Sarawak 4 hours ago
PERHIMPUNAN Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak berada pada tahap kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi kemungkinan banjir susulan Monsun Timur Laut yang dijangka membawa taburan hujan tinggi sekitar Disember dan Januari. 

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata semua ketua polis daerah telah diarahkan melakukan pemeriksaan semula terhadap keupayaan aset masing-masing termasuk bot, kenderaan, peralatan komunikasi serta kelengkapan penyelamatan.

“Kita tidak menolak kemungkinan banjir berlaku di Sarawak. Walaupun kita berharap ia tidak berlaku, ramalan menunjukkan taburan hujan tinggi bulan Januari dan sedikit pada Disember. 

“Semua daerah telah diarah menyemak semula kebolehfungsian aset mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan Pesuruhjaya Polis Sarawak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Mohamad Zainal berkata sebagai Komander Operasi Bencana Banjir peringkat negeri, tanggungjawab penyelarasan keseluruhan operasi berada di bawah beliau, manakala ketua polis daerah bertindak sebagai komander operasi di peringkat daerah.

“Walaupun kita tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi, semua agensi di Sarawak akan dikoordinasikan oleh ketua polis daerah, manakala peringkat negeri berada di bawah saya. 

“Koordinasi ini penting untuk memastikan operasi bantuan berjalan lancar,” jelasnya.

Menurutnya, mesyuarat Operasi Bencana peringkat negeri telah diadakan minggu lalu bagi meneliti kelemahan sebelum ini serta menetapkan langkah penambahbaikan untuk menghadapi musim hujan kali ini.

Mengulas mengenai kemungkinan pembekuan cuti, beliau berkata ketika ini anggota polis masih dibenarkan bercuti dalam negeri, namun mereka perlu sedia dipanggil bertugas pada bila-bila masa.

“Mengikut Seksyen 19 Akta Polis 1967, pegawai dan anggota polis dianggap bertugas 24 jam. Jadi mereka faham bahawa bila diperlukan, mereka boleh dipanggil balik pada bila-bila masa,” katanya.

Oleh SHAHRUL QAIZAT

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Polis Sarawak buka beberapa fail SOSMA, kumpulan jenayah terancang dikenal pasti
Next: Kes dadah bukan sebab naik mendadak tetapi polis mula gempur habis-habisan – Pesuruhjaya Polis Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.