Polis tahan lelaki tempatan disyaki terbabit kes tipu pinjaman tidak wujud

Facebook
WhatsApp
SUSPEK kini direman dan dijangka dituduh di Mahkamah Saratok pada 12 Disember 2025 di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun bagi membantu siasatan kes penipuan pinjaman tidak wujud yang menyebabkan seorang mangsa kerugian lebih RM11,000.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Saratok diketuai Inspektor Sopian Zainuddin Isnin lalu di Balai Sungai Maong.

Mangsa berusia 49 tahun dari Saratok, sebelum itu terlihat sebuah iklan pinjaman wang di Facebook pada 31 Oktober lalu.

Tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa kemudian berurusan dengan seorang wanita dan lelaki dipercayai warga tempatan berketurunan Cina.

Mangsa kemudiannya membuat empat transaksi atas talian ke beberapa akaun berbeza yang diarahkan oleh suspek, melibatkan jumlah keseluruhan RM11,228.84.

“Pada 7 November, mangsa sekali lagi diminta membuat pemindahan RM3,000 bagi tujuan kononnya untuk mengaktifkan akaun pembiayaan. 

“Mangsa berasa curiga dan terus menghubungi pihak bank. Setelah dimaklumkan bahawa urusan tersebut adalah penipuan, mangsa segera membuat laporan polis,” jelas Mathew dalam satu kenyataan hari ini.

Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku sebagai pemilik akaun CIMB yang digunakan dalam transaksi berkenaan serta mengakui menyerahkan kad ATM miliknya kepada seorang rakannya.

Suspek kini direman dan dijangka dituduh di Mahkamah Saratok pada 12 Disember 2025 di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan tawaran pinjaman atas talian yang mencurigakan serta membuat semakan dengan institusi kewangan berdaftar sebelum melakukan sebarang transaksi.

Oleh Adi Safarman

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi

15 maut bot karam di Zimbabwe

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut