Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program STEM perkasa kemahiran murid di SK Mubok Berawan
  • PENDIDIKAN

Program STEM perkasa kemahiran murid di SK Mubok Berawan

Utusan Sarawak 15 hours ago
KETUA Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Serian, Bunsie Tunton meninjau suasana ketika Karnival StemBest yang berlangsung di SK Mubok Berawan, Serian, hari ini.

SERIAN: Karnival StemBest dengan sokongan Sarawak Energy Berhad yang berlangsung di SK Mubok Berawan berjaya memperkasa pengetahuan serta kemahiran murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), sekali gus menyokong usaha meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Reka Bentuk dan Teknologi.

Program yang menghimpunkan penyertaan 21 sekolah di sekitar daerah ini itu menjadi platform penting untuk meningkatkan kesedaran murid dan ibu bapa mengenai peranan STEM dalam kehidupan seharian.

Penyertaan aktif murid dalam pelbagai aktiviti kolaboratif turut memberi peluang kepada mereka untuk meneroka ilmu secara praktikal dan menyeronokkan.

KENANGAN…Guru Besar Sk Mubok Berawan, Azlizan Zainuddin (tiga,kiri) dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Serian, Bunsie Tunton (empat,kiri) merakam kenangan bersama para murid dan pempamer pada Program Karnival StemBest yang berlangsung di SK Mubok Berawan, Serian, hari ini.

Melalui pendekatan pembelajaran yang menekankan kerjasama, program ini menggalakkan murid berfikir secara kreatif dan kritis, selari dengan tuntutan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan keupayaan menyelesaikan masalah secara sistematik. Setiap aktiviti turut diselitkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi merangsang pemikiran lebih matang.

Antara pempamer yang terlibat ialah TEGAS, Petrosains Playsmart, Pustaka Sarawak, Perhutanan Sarawak, PTPTN dan Team Robotic SK Sangai, yang menyediakan pelbagai reruai interaktif untuk memberi pendedahan lebih luas kepada murid.

Guru Besar SK Mubok Berawan, Azlizan Zainuddin, berkata penganjuran program itu merupakan komitmen berterusan sekolah dalam memperkukuh budaya pembelajaran berteraskan STEM demi manfaat jangka panjang murid.

KENANGAN… Guru Besar Sk Mubok Berawan, Azlizan Zainuddin (tiga,kiri) dan Senorina Subia (kanan) merakam gambar kenangan bersama pempamer pada Program Karnival StemBest yang berlangsung di SK Mubok Berawan, Serian, hari ini.

“Program ini bukan sekadar aktiviti sambilan, tetapi platform penting untuk membina keyakinan, kreativiti dan kemahiran abad ke-21 dalam diri murid. Kami mahu mereka berani meneroka, mencuba dan mencipta,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Karnival yang juga Ketua Panitia STEM SK Mubok Berawan, Senorina Subia, berkata pihaknya memastikan setiap aktiviti dianjurkan secara teratur supaya murid mendapat pengalaman pembelajaran yang bermakna.

“Tanggungjawab kami bukan hanya menyediakan aktiviti, tetapi memastikan setiap murid mendapat peluang yang sama untuk belajar, bertanya dan mencuba. Itulah matlamat utama Karnival StemBest tahun ini,” ujarnya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Serian, Bunsie Tunton, yang menzahirkan komitmen PPD untuk terus menyokong inisiatif pendidikan berfokuskan STEM di seluruh daerah.

SEKITAR suasana Program Karnival StemBest yang berlangsung di SK Mubok Berawan, Serian, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa usaha membudayakan STEM di peringkat sekolah rendah penting bagi melahirkan generasi celik teknologi dan bersedia menghadapi cabaran dunia digital.

Dengan penglibatan 21 sekolah, penganjuran ini sekali lagi membuktikan kerjasama erat antara sekolah dan PPD Serian dalam memperkukuh ekosistem pendidikan STEM di daerah tersebut.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Kekosongan Guru Besar, Pengetua diatasi melalui pelantikan NPQEL dan GBI
Next: 150 peserta sertai Program Pendidikan Bebas Dadah di SJKC Su Lai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.