Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Briged PGA Sarawak catat 10 operasi berjaya, rampasan RM5.08 juta
  • JENAYAH

Briged PGA Sarawak catat 10 operasi berjaya, rampasan RM5.08 juta

Utusan Sarawak 5 hours ago

Operasi serbuan dan rampasan dilaksanakan di pelbagai daerah.

KUCHING: Briged PGA Sarawak mencatatkan 10 operasi berjaya dari 11 November hingga semalam di bawah Op Taring Alpha, Op Taring Bravo, Op Taring Chiller dan Op Taring Batas/Awas, dengan jumlah rampasan keseluruhan mencecah RM5.08 juta.

Menurut SAC Lim Bak Phai, operasi ini melibatkan serbuan bersepadu di pelbagai lokasi di Sarawak bagi membanteras aktiviti haram termasuk penyeludupan daging sejuk beku, penyimpanan dan penjualan diesel melebihi had yang dibenarkan, serta penjualan rokok dan minuman keras tanpa cukai.

Antara kejayaan utama termasuk rampasan 8,200 kg daging sejuk beku di Bau, 16,700 liter diesel, 516 karton rokok pelbagai jenis, dan 3,429 liter minuman keras di Bintulu, selain rampasan 340 kenderaan. Operasi ini juga telah menahan pelbagai suspek tempatan dan warga asing.

Operasi serbuan dan rampasan dilaksanakan di pelbagai daerah.

Lim menekankan bahawa semua rampasan dan tangkapan telah diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut mengikut undang-undang termasuk Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, Akta Kastam 1967, Akta Imigresen 1959/63, dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau turut menambah bahawa sepanjang 1 Januari hingga semalam, Briged PGA Sarawak telah mencapai nilai operasi sebanyak RM390.7 juta dengan 562 kes, 669 tangkapan (530 warga tempatan dan 139 warga asing), serta 340 kenderaan dirampas.

Lim berkata kejayaan ini menunjukkan komitmen PGA dalam menjaga sempadan negeri dan membanteras kegiatan perdagangan haram.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Op Tapis Khas IPD Saratok: 113 individu ditahan sepanjang November

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.