Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut landa Jerman, ragut empat nyawa
  • GLOBAL

Ribut landa Jerman, ragut empat nyawa

Utusan Sarawak 7 hours ago
RIBUT salji melanda Jerman, menjejaskan lalu lintas dan menyebabkan kemalangan di beberapa kawasan.


BERLIN:  Salji dan jalan licin akibat ribut musim sejuk di Jerman menyebabkan kemalangan serta gangguan perjalanan yang meragut sekurang-kurangnya empat nyawa dan mencederakan ramai lagi, lapor Xinhua.

Seramai tiga orang terbunuh dalam nahas melibatkan dua lori dan sebuah kereta di Bavaria, selatan Jerman, dengan pihak polis melaporkan keadaan jalan yang sangat licin. 

Dua mangsa cedera parah dan beberapa lagi turut cedera.

Kematian keempat dilaporkan di negeri Baden-Württemberg di selatan Jerman, apabila seorang lelaki berusia 68 tahun terbabas di jalan yang diseliputi ais dan merempuh sebuah kenderaan lain. Pemandu kenderaan kedua dilaporkan cedera parah.

Di negeri Hesse di bahagian tengah negara itu, sembilan orang cedera apabila jalan licin dan salji yang turun sepanjang malam mengakibatkan puluhan kemalangan. 

Polis melaporkan lebih 30 insiden berkaitan cuaca sejak malam Ahad hingga pagi Isnin.

Beberapa negeri turut melaporkan insiden berasingan serta gangguan terhadap trafik dan perkhidmatan kereta api.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Jerman, keadaan dijangka terus mencabar dengan cuaca beku dan ais di timur pada sebelah malam, serta salji berkemungkinan turun di kawasan Alps.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gunung berapi Ethiopia meletus buat kali pertama dalam tempoh ribuan tahun
Next: Hampir 47,000 terjejas akibat Lekukan Tropika Verbena, garis ricih di Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.