Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • SPM berjalan lancar seluruh negara seperti dijadualkan – KP Pendidikan
  • PENDIDIKAN

SPM berjalan lancar seluruh negara seperti dijadualkan – KP Pendidikan

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh (tengah) beramah mesra bersama pelajar ketika meninjau hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan di sini hari ini Foto BERNAMA
PELAJAR yang menduduki peperiksaan mengulang kaji pelajaran pada hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan di sini hari ini Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berjalan lancar di seluruh negara, termasuk di negeri-negeri yang terjejas banjir, dengan semua Pengarah Pendidikan Negeri mengesahkan sesi peperiksaan pagi ini bermula seperti dijadualkan.

Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad, berkata setakat semalam, seramai 259 calon dikenal pasti terkesan bencana banjir, namun langkah kontingensi yang dilaksanakan lebih awal membolehkan mereka menduduki peperiksaan tanpa gangguan.

“Alhamdulillah, SPM kali ini dapat dimulakan mengikut jadual asal iaitu pada bulan November dan Disember. Sebelum ini, SPM diadakan pada bulan Februari. Kita sedar apabila SPM kembali ke jadual asal, cabaran musim tengkujuh dan banjir perlu dihadapi.

“Semua pelan kontingensi berkaitan pelaksanaan SPM 2025 telah diambil. Ini menunjukkan kecekapan petugas SPM, termasuk guru dan agensi kerajaan, dalam memberikan sokongan serta bantuan kepada calon-calon,” katanya pada sidang media selepas melakukan tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 11 (1) di sini hari ini.

TIMBALAN Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh (lima, kiri) bersalaman dengan pelajar ketika hadir meninjau hari pertama peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan di sini hari ini. Foto BERNAMA

Mohd Azam berkata secara keseluruhan, seramai 413,372 calon menduduki SPM 2025, meliputi calon sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama bantuan kerajaan termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Maktab Tentera Diraja, sekolah menengah agama negeri, sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM), sekolah menengah agama rakyat, serta calon persendirian.

Beliau berkata KPM melalui Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah telah melaksanakan pelan kontingensi, termasuk mesyuarat penyelarasan melalui Op Payung bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), polis, bomba, dan beberapa agensi lain.

“Kita juga telah menjalankan simulasi banjir di Kuala Terengganu, Terengganu pada September lepas untuk melihat cabaran sebenar musim tengkujuh,” katanya.

Mohd Azam berkata KPM turut berhubung rapat dengan METMalaysia setiap hari bagi mendapatkan maklumat cuaca terkini untuk tindakan segera di peringkat negeri dan daerah.

Katanya, antara langkah awal ialah mengenal pasti calon yang kediamannya berisiko terputus laluan akibat banjir, dengan sebahagian daripada mereka dipindahkan lebih awal ke asrama berhampiran pusat peperiksaan.

“Kita juga telah menyediakan pusat alternatif. Jika dewan peperiksaan dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bilik darjah akan digunakan sebagai ruang peperiksaan. Semua ini telah disusun rapi sejak awal,” katanya.

Beliau berkata kebanyakan pusat peperiksaan yang berisiko banjir hanya melibatkan dua hingga empat calon, menjadikan pengurusan pemindahan lebih terkawal dan cepat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pusat Tingkatan Enam Limbang dijangka mula beroperasi 2027
Next: JPNS sediakan persiapan rapi pastikan SPM 2025 Sarawak lancar – Omar Mahli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.