Lelaki ditahan terbabit kes curi di stor kontena Miri

Facebook
WhatsApp
DITAHAN…Suspek ditahan polis untuk siasatan lanjut.

MIRI: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kes curi di sebuah stor kontena di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee berkata, suspek berusia 35 tahun itu diberkas sepasukan anggota Balai Polis Pusat Miri dalam di tepi Jalan Tudan di sini menerusi satu operasi sekitar 1.20 petang.

Menurutnya, hasil tangkapan turut membawa kepada rampasan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan suspek semasa kejadian.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Farhan turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah serta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membantu usaha membanteras jenayah di daerah ini.

Oleh Liong Chai Ling

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam