Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Mangsa terjun dari tingkat tiga, kebakaran bangunan di Jalan Matang berjaya dikawal
  • KEBAKARAN

Mangsa terjun dari tingkat tiga, kebakaran bangunan di Jalan Matang berjaya dikawal

Utusan Sarawak 15 hours ago
MARAK… Kebakaran berlaku di bangunan tiga tingkat di Jalan Metrocity 3, Jalan Matang malam ini, yang menjejaskan ruangan bilik sewa di tingkat dua seluas 60×20 kaki persegi.

KUCHING: Kebakaran berlaku di bangunan tiga tingkat di Jalan Metrocity 3, Jalan Matang malam ini yang menjejaskan ruangan bilik sewa di tingkat dua seluas 60×20 kaki persegi.

Komander Operasi, PPgB Mohd Adib Ibrahim dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, melaporkan bahawa seorang mangsa lelaki dewasa yang berada di tingkat tiga terjun dan selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan sebelum anggota tiba di lokasi.

Dilaporkan ketika kejadian, mangsa berada di tingkat dua ketika kebakaran bermula, kemudian naik ke tingkat tiga untuk mencari jalan keluar atau menyelamatkan diri, sebelum terjun.

Panggilan kecemasan diterima pada 8.54 malam dan jentera bomba tiba di lokasi pada 9.11 malam, kira-kira 8 kilometer (km) dari balai. Kebakaran yang melibatkan struktur bangunan kekal itu berjaya dipadam sepenuhnya pada 9.54 malam dengan menggunakan dua aliran pam 300 kaki dan sumber air dari pili bomba berhampiran.

Seramai 28 anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan penglibatan tiga jentera FRT dan dua jentera EMRS.

Pihak bomba menegaskan, mangsa dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serta keadaan terkawal.

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Dua lelaki terselamat, kereta dinaiki terbakar
Next: Dua unit kedai di Pekan Lapok hangus dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.