
LONG LAMA: Sekolah luar bandar memerlukan kemudahan mencukupi untuk menjamin pembelajaran yang berkualiti, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh.
Beliau mengesa pihak Lembaga Pengurus Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) Kee Tee Long Lama terus berusaha mendapatkan sumber baharu bagi memastikan penyelenggaraan berterusan, menarik infrasrtruktur serta bekerjasama rapat dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi mengurangkan kadar pertukaran guru dan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.
Beliau turut menekankan bahawa penglibatan ibu bapa adalah nadi kekuatan sekolah ini manakala budaya ‘satu kampung menjaga sekolah’ terus diperkukuhkan untuk menjamin masa depan pendidikan anak-anak.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di majlis perasmian sambutan Ulang Tahun ke-78 SJK(C) Kee Tee Long Lama di sini, semalam.
Dalam pada itu, Wong turut mengajak seluruh komuniti untuk bersama-sama memperkukuhkan sekolah tersebut sebagai pusat pendidikan yang menyatukan anak-anak peribumi dan Cina serta menjadikan pendidikan sebagai kuasa yang mampu mengubah masa depan.

Sambutan ulang tahun berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti cabutan bertuah di mana kereta Perodua Axia dimenangi Jasmine Lidam,25, yang membeli tiga tiket cabutan bertuan bernilai RM100 setiap satu tiket.
Perkara menarik pada sambutan Ulang Tahun ke-72 sekolah tersebut, mendiang ibu Jasmine sebelum ini turut memenangi hadiah utama juga skereta Perodua Axia.
Pada majlis tersebut Wong turut mengumumkan pruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) RM5,000 kepada pihak sekolah.
Oleh Jiku Juguong